Pembantu Tadbir Sekolah Didakwa Guna Jawatan Untuk Dapat Suapan

0
7كيلو بايت

TAWAU : Seorang pembantu tadbir wanita di sebuah sekolah menengah di sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis, atas dua pertuduhan menggunakan jawatan bagi mendapatkan suapan berkaitan kerja-kerja di sekolah bernilai RM39,900, empat tahun lepas.

Hasniah A M Nawir, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Wanita itu didakwa menggunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan untuk suaminya, Saharuddin Kasim melibatkan kerja pemasangan sinki, perpaipan dan lain-lain di sekolah itu bernilai RM19,980 dengan memilih Syarikat MRD Enterprise menjalankan kerja-kerja tersebut.

Hasniah juga dituduh menggunakan jawatan mendapatkan suapan untuk diri sendiri dengan mempelawa Syarikat Mega Corporation bagi perkhidmatan penyewaan mesin fotokopi serta mesin copyprinter untuk sekolah sama di dalam sistem ePerolehan bernilai RM19,920, namun kerja-kerja berkenaan dilakukan sendiri.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Abaka di sini, masing-masing pada Ogos dan September 2020.

Kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda lima kali ganda suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Jason Juga, membenarkan Hasniah diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin, menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap dua bulan sekali, manakala tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 20 Ogos.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzati Sapifee, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Angry
1
البحث
الأقسام
إقرأ المزيد
Film
~$+>!!~Viral^%XXX!Video) Camilla Araujo Leaks Xvideo XXX jzl
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
بواسطة Borfeg Borfeg 2025-01-08 08:30:31 0 1كيلو بايت
Film
![' ]! Ari kytsya Original Viral Link Laked on Social Media Trending X Twitter New btm
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
بواسطة Borfeg Borfeg 2025-01-13 03:59:35 0 1كيلو بايت
Bussines News
Mono Ethylene Glycol Prices| Chart | Demand | Graph| Monitor | Forecast
North America Mono Ethylene Glycol Prices Movement Q3: Mono Ethylene Glycol Prices in United...
بواسطة Elijah Mikaelson 2025-03-28 12:10:56 0 273
Film
Salomelons Leaked Viral Video New Update Files & Pict sxu
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
بواسطة Borfeg Borfeg 2025-01-20 12:24:34 0 870
أخرى
How to reach Breeze Air lines Support
How to reach Breeze Air lines SupportAlaska Airlines online Help Center is an excellent resource...
بواسطة Dfghjkl Sdth 2025-01-24 17:28:34 0 993