ini cara nak jimatkan minyak masak di rumah yang berguna

0
1K

Minyak masak sering digunakan di dapur untuk memasak, tapi kadangkala ada yang guna terlalu banyak sampaikan dibuang begitu saja setelah memakainya.

Ini antara beberapa tips jimat minyak masak untuk anda cuba yang sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan perbelanjaan barang dapur di rumah.

1. Tukar menu gorengan kepada menu rebusan, singgang, renehan, atau stim. Selain lebih menjimatkan, ia juga lebih sihat.

2. Bakar atau panggang sebagai alternatif goreng. Ia gunakan minyak yang sedikit, tetapi masih boleh hasilkan makanan yang sedap.

3. Gunakan kuali kalis lekat(non-stick), untuk membolehkan anda membuat gorengan guna minyak yang sedikit (pan fry) tanpa lekat.

4. Boleh pertimbangkan untuk dapatkan “air fryer”. Harganya kini bermula sekitar RM150. Ini perlukan sedikit modal.

5. Jika “deep dry” makanan bersalut tepung, pastikan suhu minyak 180-190°C sebelum menggoreng untuk elak tepung menyerap minyak.

6. Jangan goreng makanan terlalu banyak dalam satu masa. Lebih banyak hendak digoreng serentak, lebih banyak minyak diperlukan.

7. Elak panaskan minyak sehingga terlalu panas kerana boleh merosakkan minyak dan menjadi ia tidak selamat untuk diulang guna.

8. Tak usah campurkan minyak baru kepada minyak lama. Ia akan mencemarkan minyak baru, dan memendekkan hayat selamatnya.

9. Tapis, sejukkan, dan simpan minyak yang hendak diulang guna di dalam bekas kedap udara. Pastikan tiada bahan terampai.

10. Menjual semula minyak masak terpakai untuk diproses menjadi biodiesel. Harga minyak masak terpakai adalah sekitar RM2-3/kg.

Dalam kita berjimat cermat dalam penggunaan minyak, kita masih perlu utamakan kesihatan. Elakkan terlalu banyak ulang guna minyak gorengan.

Apakah tanda-tanda minyak masak sudah tidak boleh digunakan lagi untuk ulang goreng?

◾️Warna bertukar perang pekat.
◾️Minyak menjadi lebih likat.
◾️Minyak berbau tengik.
◾️Banyak asap terhasil ketika dipanaskan.
◾️Warna makanan yang digoreng terlalu gelap.
◾️Rasa makanan yang digoreng tidak sedap.

Semoga bermanfaat!

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Infomation
Apakah Tuhan tahu saya sedang tersiksa? – Isi diari doktor pelatih ‘inject’ diri sendiri terdedah
Berita mengenai pemergian duka doktor pelatih bernama Aulia Risma Lestari, 30, benar-benar...
By Gakeps Official 2024-08-19 15:37:43 0 3K
Local News
Wanita Warga Asing Buat Aksi Tidak Senonoh Dihadapan Maybank Kampung Air
Media sosial baru-baru ini kecoh apabila klip video berdurasi 10 saat menunjukkan seorang wanita...
By Gakeps Official 2024-10-04 05:03:59 0 2K
Crime
Dadah Dijual Seperti Pisang Goreng Di Sabah adalah Kenyataan Keterlaluan – Polis
KOTA KINABALU : Polis Sabah menganggap kenyataan bahawa dadah dijual seperti pisang goreng...
By Gakeps Official 2024-07-09 13:11:23 0 5K
Opinion
Muka tak sama dalam resume, Gambar profil guna ‘filter’, wanita dihalau balik dari temuduga
Seorang wanita mendakwa dia dilarang untuk mengikuti sesi temu duga di sebuah kedai kosmetik...
By Iklan viral 2024-10-22 12:35:42 0 1K
Local News
Polis buru lelaki dan wanita cuba ancam nyawa anggota polis
Polis sedang memburu seorang lelaki dan wanita kerana cuba melanggar kenderaan polis yang mahu...
By Gakeps Official 2024-11-07 06:27:13 0 2K