Polis Penampang Tangkap Lelaki Disyaki Pengedar Dadah Ekstasi

0
825

PENAMPANG, SABAH – Seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan di sebuah pangsapuri di Jalan Bundusan pada malam Jumaat lalu kerana disyaki mengedar 155 gram dadah jenis Ecstasy dan 10 biji pil Erimin 5.

Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata dadah dalam serbuan jam 11 malam itu berjumlah kira-kira RM3,700.

“Suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine selepas ujian saringan awal air kencing.

“KES DISIASAT MENGIKUT SEKSYEN 39B AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN TIDAK KURANG DARIPADA 15 SEBATAN, PENJARA SEUMUR HIDUP ATAU MATI.

“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) akta sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek kini ditahan reman dan polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terjebak dengan dadah.

“Sebaliknya, terus menjadi mata dan telinga polis untuk memerangi penyalahgunaan dadah,” katanya.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
World News
Satu Keluarga Terkejut Suami Pulang Ke Rumah Selepas Mayat Telah Dikebumikan
MANILA – Seorang lelaki di Pangasinan, Filipina mengejutkan keluarga dan jiran-jirannya...
Por Gakeps Official 2024-08-23 08:09:19 0 3K
Educação
Pakar Amerika kumpul jasad makhluk asing lebih 50 tahun
WASHINGTON – Seorang pakar objek terbang tidak dikenali (UFO) dari Amerika Syarikat (AS)...
Por Gakeps Official 2024-08-23 10:04:09 0 3K
Crime
Lelaki miliki empat rekod jenayah lampau bersama syabu ditahan di Tawau
TAWAU : Seorang lelaki warga tempatan memiliki empat rekod jenayah serta dadah ditahan di sekitar...
Por sabah post 2024-07-10 12:10:30 0 4K
Infomation
STR masuk akaun penerima bermula Khamis minggu depan 29 ogos
PETALING JAYA – Seramai lapan juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 akan menerima...
Por Gakeps Official 2024-08-23 12:22:58 0 3K
World News
Sidang rakyat ditunda, wakil rakyat ini ‘kantoi’ tengah bermain judi atas talian
Baru-baru ini, seorang ahli wakil rakyat dari DPRD DKI Jakarta ‘kantoi’ bermain judi...
Por Gakeps Official 2024-10-12 05:26:44 0 1K