HalaTuju SMJ Nampak Hasil Positif Dan Berada Di Landasan Tepat

0
843

KOTA KINABALU: Agenda pembangunan negeri yang berpaksikan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan sudah menampakkan hasil positif.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, setelah genap empat tahun menerajui negeri, kerajaan dengan penuh keyakinan terus mara ke hadapan melaksanakan hala tuju negeri dengan penekanan kepada beberapa sektor penting khususnya pertanian, perindustrian dan pelancongan.

Beliau berkata, ketiga-tiga sektor ini telah melonjakkan ekonomi negeri sehingga menarik pelabur ke Sabah, sekali gus membuka beribu-ribu peluang pekerjaan kepada anak tempatan. 

Selain itu, katanya kerajaan turut memberi tumpuan untuk membangunan modal insan dan memperkasa kesejahteraan rakyat. 

“Dengan sokongan jemaah kabinet negeri segala perancangan dan dasar-dasar dapat dilaksana, sesuai dasar Hala Tuju SMJ yang menjadi asas kepada corak kemajuan dan pembangunan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan menjunjung kasih sempena Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Negeri Sabah sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah ke-71 Tahun di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu pada Sabtu.

Hajiji berkata, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada bulan Julai lalu, Sabah menyumbang 5.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2023. 

Menurutnya, Sabah menerima pelaburan sebanyak RM11.34 bilion, merupakan ketujuh tertinggi di Malaysia, dengan 13.3 peratus diperolehi daripada sektor pembuatan pada tahun lalu.

Katanya, kehadiran pelancong ke Sabah juga semakin meningkat iaitu seramai 1.7 juta pelancong setakat Januari hingga Julai 2024, dengan pelancong tempatan lebih 1.05 juta dan antarabangsa seramai 706,383 orang.

“Perkembangan ini jelas bahawa sektor pelancongan di Sabah terus menunjukkan pertumbuhan kukuh untuk tahun ini dan masa-masa akan datang serta dapat mencapai sasaran seramai 3 juta pelancong ke Sabah pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, walaupun pencapaian dalam tempoh empat tahun pemerintahan dengan pelaksanaan lebih tiga tahun Hala Tuju SMJ sejak dilancarkan pada Mac 2021, namun banyak lagi yang perlu kerajaan lakukan. 

Katanya, kerajaan negeri terus bertekad memperhebatkan lagi pembangunan di Sabah dan kesejahteraan rakyat melalui pelaksanaan pelbagai program serta inisiatif yang meliputi pelbagai sektor.

Menurutnya, kerajaan negeri sedang menerokai potensi Ekonomi Biru iaitu penerokaan khazanah laut sebagai sumber ekonomi baharu dan lain-lain produk industri yang boleh dihasilkan daripadanya. 

“Sabah yang dikelilingi oleh Laut Cina Selatan, Laut Sulu dan Laut Celebes, berpotensi tinggi untuk penerokaan dan pembangunan Ekonomi Biru. 

“Ke arah merealisasikan usaha ini, kerajaan akan menganjurkan seminar bertaraf antarabangsa berkaitan ‘The Blue Economy’, pada bulan ini,” katanya.

Hajiji percaya rakyat bijak menilai fakta pencapaian kerajaan hari ini yang bertanggungjawab bukan saja memikirkan, merancang malah melaksanakan banyak agenda pembangunan untuk membantu rakyat.

Поиск
Категории
Больше
Crime
Akhirnya tumpas warga asing pembekal haram minyak paket
Seorang lelaki warga Bangladesh yang diburu pihak berkuasa kerana dipercayai menjadi ejen...
От Iklan viral 2024-11-08 07:02:10 0 2Кб
Crime
doktor mengaku tidak bersalah, Rakam punggung wanita
Seorang pegawai perubatan sebuah hospital didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan...
От Gakeps Official 2024-11-22 13:36:07 0 336
Entertaiment
Amboi! Budak sekarang memang gatal! Baby Shima terkejut terima mesej lucah remaja bawah umur
Kerap menjadi mangsa gangguan seksual, penyanyi Baby Shima mendedahkan terkejut menerima mesej...
От Iklan viral 2024-09-01 22:00:42 0 2Кб
Opinion
viral cium tepung uli pretzel, pekerja Auntie Anne’s dibuang serta-merta
Pekerja wanita di salah sebuah francais Auntie Anne’s dipecat selepas tular video dia...
От Iklan viral 2024-10-09 05:24:21 0 1Кб
World News
Wanita 8 anak saman suami sendiri, dedah mahu tuntut nafkah RM133.07 juta sebulan
Seorang wanita di wilayah Sichuan, China, memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang...
От Gakeps Official 2024-09-23 22:44:37 0 2Кб