KPDN SABAH Tumpaskan Aktiviti Seleweng Minyak Paket, Gula Pasir Dari Sebuah Rumah Di Kobusak

0
1K

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak masak paket bersubidi dan gula pasir kasar dalam Ops Tiris di sebuah rumah teres di Taman Hings Jalan Kobusak, sini, pada petang Ahad semalam.

Sepasukan pegawai Penguat Kuasa dari Ibu Pejabat KPDN Negeri Sabah telah membuat serbuan pada sekitar jam 7.00 petang hasil daripada maklumat awam berhubung penjualan barang kawalan terbabit dalam kuantiti yang banyak dan harga yang tidak munasabah melalui platform media sosial.

Pengarahnya, Georgie Abas berkata, penyamaran dilakukan oleh pegawai penguat kuasa dengan menjadi pelanggan dan telah diarahkan oleh penjual untuk datang ke alamat yang telah diberikan melalui aplikasi Whatsapp.

“SERBUAN TELAH DILAKUKAN SERTA-MERTA DAN HASIL PEMERIKSAAN LANJUT MENEMUI SEBANYAK 8,177 KG MINYAK MASAK PAKET BERSUBSIDI DAN GULA PASIR KASAR SEBANYAK 48KG DISIMPAN DI KAWASAN KAKI LIMA RUMAH SERTA RUANG TAMU.

“Kesemua minyak masak paket dan gula pasir kasar seterusnya disita bagi siasatan lanjut kerana penjaga permis yang ditemui gagal menunjukkan sebarang dokumen atau kebenaran untuk membeli dan menyimpan barang kawalan tersebut,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Georgie berkata nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM 20,579, manakala seorang penjaga premis warga tempatan berumur 27 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan idengan tujuan untuk melakukan kesalahan.

“KPDN Negeri Sabah akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan berterusan agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan barang kawalan,” tambahnya.

Search
Categories
Read More
Crime
Sembilan Peserta Perhimpunan Tiada Dokumen Pengenalan Diri Ditahan Polis
KOTA KINABALU: Polis menahan sembilan individu yang dipercayai menyertai Perhimpunan #KamiMahuAir...
By Omiyou Network 2024-06-15 17:04:50 0 5K
Crime
Lapan Ahli Kongsi Gelap Termasuk Tujuh Juvana Didakwa Cederakan Remaja 15 tahun
JOHOR BAHRU, 24 Jun (Bernama) Lapan ahli kongsi gelap termasuk tujuh remaja bawah umur...
By Gakeps Official 2024-06-24 17:52:15 0 4K
Crime
Mahu mencari kerja, tapi lain pula yang terjadi
Begitulah nasib malang yang menimpa seorang pemuda berusia 22 tahun apabila diliwat oleh lelaki...
By Gakeps Official 2024-08-07 13:44:31 0 3K
Local News
62 Buah Rumah Setinggan Dirobohkan
KOTA KINABALU: Sebanyak 62 buah rumah setinggan di kawasan daerah ini berjaya dirobohkan oleh...
By Gakeps Official 2024-08-15 14:17:49 0 3K
World News
Monyet selamatkan budak perempuan daripada diperkosa
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun  terselamat selepas sekumpulan monyet liar...
By Iklan viral 2024-09-27 06:00:49 0 1K