Mark Zuckerberg hadiahkan isterinya Porsche Cayenne Turbo GT ‘custom’ jadi minivan

0
6K

Suami mana yang tidak mahu tunaikan impian isteri tercintanya, kan? Selagi mampu, sang suami pasti berusaha sehabis baik memenuhi hajat suri hatinya.

Itulah yang dibuktikan oleh Mark Zukerberg, seorang billionaire yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Meta kepada isterinya, Pricilla Chan.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Mark mendedahkan isterinya sebelum ini ada meminta sebuah kereta jenis minivan.

Walaupun tidak memberitahu secara jelas minivan yang dihajati, Mark ternyata mempunyai idea tersendiri untuk menunaikan apa yang diminta oleh Pricilla.

Berbanding sebuah minivan biasa, Mark sebaliknya menghadiahkan isterinya sebuah Porche Cayenne Turbo GT yang diubah suai menjadi minivan.

Apa yang dilakukan oleh Mark sememangnya luar biasa memandangkan Porsche Cayenne Turbo GT pada asalnya adalah sebuah model dalam segmen SUV mewah.

Kata Mark, beliau bekerjasama dengan Porsche dan West Coast Customs, sebuah bengkel pengubahsuaian kereta yang berpangkalan di Los Angeles untuk merealisasikan impian tersebut.

Hasilnya, sebuah Porsche Cayenne Turbo GT berjaya diubah suai menjadi minivan untuk dijadikan sebagai hadiah oleh seorang suami kepada pasangan hidupnya.

Lebih mengagumkan, Porsche yang diubah suai itu menjadi minivan pertama dan satu-satunya daripada jenama mewah itu yang berada di atas jalan ketika ini.

Menurut Road and Track, selain rangka yang dipanjangkan, minivan berkenaan turut dipasang dengan electric sliding door.

Dalam pada itu, Mark juga menghantar Porsche GT3 Touring ke bengkel yang sama untuk dicat dengan warna kelabu, sama seperti minivan yang dihadiahkan kepada Pricilla.

Căutare
Categorii
Citeste mai mult
Alte
What Makes A Cabinet Store Stand Out From The Competition?
Are you curious to know why a few cabinet stores attract more customers than others? What is the...
By Harry Wandusen 2025-03-06 21:22:41 0 754
Film
VIRAL.!~ Beldots Original Viral Video Link On X row
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
By Borfeg Borfeg 2025-01-22 00:21:34 0 964
Film
Watch justin baldoni and Blake Lively leaked video icn
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
By Borfeg Borfeg 2025-01-27 15:25:05 0 869
Alte
【FAQ*s】What is the cancellation policy for Southwest Airlines?
【FAQ*s】What is the cancellation policy for Southwest Airlines?𝐘𝐞𝐬!,Southwest 𝓐𝓲𝓻𝓵𝓲𝓷𝓮𝓼 𝓹𝓻𝓸𝓿𝓲𝓭𝓮𝓼 𝓪...
By Mike Jane 2025-01-30 11:24:12 0 781
Film
18++) chm v c mau chng chm v mi nht act
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
By Borfeg Borfeg 2025-01-29 06:34:29 0 888