Cuba Lari Dari Sekatan Jalan Raya, Lelaki Ditahan Semula Di Jalan Utara Tawau
TAWAU: Tular di media sosial kejadian aksi seorang anggota Polis Trafik mengejar seorang lelaki yang melarikan diri dari sekatan jalan raya di jalan Utara, Tawau.
Menurut kenyataan media Polis Daerah Tawau, kejadian itu berlaku ketika anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Tawau sedang bertugas dalam satu Operasi Kenderaan Perdagangan berhampiran Sekolah Agama Islamiah.
“KETIKA HENDAK MEMBUAT PEMERIKSAAN, PEMANDU KENDERAAN IAITU SEORANG LELAKI NEKAD UNTUK MELARIKAN DIRI DARI SEKATAN JALAN RAYA SEHINGGA MENYEBABKAN KENDERAAN YANG DIPANDU TELAH TERBABAS DI BAHU JALAN.
“Bertindak atas maklumat, pasukan serbuan dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau telah membuat tangkapan keatas seorang lelaki berumur lingkungan 35 tahun di jalan Padang, Tawau bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Hasil siasatan lanjut, suspek mempunyai (02) rekod kesalahan lampau iaitu Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kes akan disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam dari melaksanakan tugas, seksyen 26(2) Akta Polis 1967 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Giochi
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Altre informazioni
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Formazione
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Anteprima
- Vps Forex