KUSKOP Kini Dalam Proses Gubal Akta Koperasi Yang Baharu

0
846

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam proses menggubal akta koperasi yang baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 [Akta 502].

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, sebanyak 96 peruntukan asal dalam Akta 502 akan disusun dan ditambahbaik semula. Dianggarkan sebanyak 200 peruntukan baharu akan dimasukkan dalam akta berkenaan.

Beliau berkata, pindaan itu dibuat bagi memperkukuhkan elemen pengawalseliaan dan memastikan perundangan koperasi kekal relevan dengan persekitaran ekonomi semasa.

“Cadangan penggubalan akta koperasi baharu antaranya, memperkasakan gerakan koperasi dengan meliberalisasikan perundangan dan memperkasakan pengawalseliaan koperasi.

“AKTA SEDIA ADA DIBUAT LEBIH 30 TAHUN YANG LEPAS DAN TIDAK ADA PINDAAN SEHINGGA HARI INI.

“Melalui sesi libat urus dan kajian agensi kementerian, kita mendapati begitu banyak cadangan pindaan akta yang diperlukan oleh gerakan koperasi iaitu sekitar 200 cadangan pindaan.

“Kita akan memperbanyakkan lagi sesi libat urus bersama koperasi-koperasi untuk mendengar cadangan draf awal Rang Undang-Undang (RUU) Koperasi sebelum kita angkat ke Parlimen untuk proses penggubalan dan pewartaan pada tahun depan dan dijangka dikuatkuasakan tahun 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bilangan 2/2024, di Menara Berkembar Bank Rakyat, di sini, semalam.

Mengenai mesyuarat itu, Ewon berkata, ia memberi fokus kepada hala tuju pembangunan gerakan koperasi negara dan mempertingkatkan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Selain itu katanya, mesyuarat juga membincangkan perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada pembangunan gerakan koperasi agar terus kekal relevan sebagai penyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi negara.

“Mesyuarat turut dimaklumkan mengenai status pelaksanaan resolusi-resolusi Kongres Koperasi Kebangsaan yang diadakan pada Julai lepas, seterusnya pengisian dan peluncuran sambutan International Year of Cooperative 2025 serta status semasa Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).

“Isu-isu yang melibatkan penyelarasan dengan kerajaan negeri juga dibincangkan,” katanya.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
World News
umur panjang, Lelaki Kena Sengat 240 Ekor Tebuan Tapi Masih Hidup
Cardiff: Seorang lelaki di United Kingdom bertuah kerana umurnya masih panjang walaupun...
By Gakeps Official 2024-09-09 23:21:58 0 2K
World News
Telegram Tidak Selamat? Pengasas Telegram ditahan di Perancis
KUALA LUMPUR - Pengasas aplikasi mesej Telegram, Pavel Durov ditahan di Perancis pada petang...
By Omiyou Network 2024-08-25 21:24:29 0 3K
Bussines News
Bank Dunia Menggesa Malaysia Hapuskan Skim Pencen Dalam Langkah Reformasi Fiskal Negara
PETALING JAYA: Kerajaan perlu pertimbangkan lebih banyak langkah pembaharuan fiskal untuk...
By Iklan viral 2024-08-28 08:06:12 0 3K
World News
Polis tahan 'UFO' di lebuh raya
Washington: Pegawai Pejabat Syerif Daerah Crawford, baru-baru ini, menahan sebuah kenderaan yang...
By Gakeps Official 2024-07-04 03:21:03 0 3K
Crime
Tiga Kanak-Kanak warga Asing Ditahan Disyaki Rogol Rakan Sekampung
TAWAU: Tiga kanak kanak lelaki berumur antara 12 hingga 14 tahun ditahan kerana disyaki...
By Iklan viral 2024-10-01 07:51:42 0 1K