KUSKOP Kini Dalam Proses Gubal Akta Koperasi Yang Baharu

0
898

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam proses menggubal akta koperasi yang baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 [Akta 502].

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, sebanyak 96 peruntukan asal dalam Akta 502 akan disusun dan ditambahbaik semula. Dianggarkan sebanyak 200 peruntukan baharu akan dimasukkan dalam akta berkenaan.

Beliau berkata, pindaan itu dibuat bagi memperkukuhkan elemen pengawalseliaan dan memastikan perundangan koperasi kekal relevan dengan persekitaran ekonomi semasa.

“Cadangan penggubalan akta koperasi baharu antaranya, memperkasakan gerakan koperasi dengan meliberalisasikan perundangan dan memperkasakan pengawalseliaan koperasi.

“AKTA SEDIA ADA DIBUAT LEBIH 30 TAHUN YANG LEPAS DAN TIDAK ADA PINDAAN SEHINGGA HARI INI.

“Melalui sesi libat urus dan kajian agensi kementerian, kita mendapati begitu banyak cadangan pindaan akta yang diperlukan oleh gerakan koperasi iaitu sekitar 200 cadangan pindaan.

“Kita akan memperbanyakkan lagi sesi libat urus bersama koperasi-koperasi untuk mendengar cadangan draf awal Rang Undang-Undang (RUU) Koperasi sebelum kita angkat ke Parlimen untuk proses penggubalan dan pewartaan pada tahun depan dan dijangka dikuatkuasakan tahun 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan (MPKK) Bilangan 2/2024, di Menara Berkembar Bank Rakyat, di sini, semalam.

Mengenai mesyuarat itu, Ewon berkata, ia memberi fokus kepada hala tuju pembangunan gerakan koperasi negara dan mempertingkatkan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Selain itu katanya, mesyuarat juga membincangkan perkara-perkara yang boleh menyumbang kepada pembangunan gerakan koperasi agar terus kekal relevan sebagai penyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi negara.

“Mesyuarat turut dimaklumkan mengenai status pelaksanaan resolusi-resolusi Kongres Koperasi Kebangsaan yang diadakan pada Julai lepas, seterusnya pengisian dan peluncuran sambutan International Year of Cooperative 2025 serta status semasa Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).

“Isu-isu yang melibatkan penyelarasan dengan kerajaan negeri juga dibincangkan,” katanya.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
World News
Gadis Berumur 17 tahun kahwin lebih 15 kali demi wang
Kesusahan hidup menyebabkan seorang wanita di sini dikenali sebagai Cahaya sanggup menjadi isteri...
By Iklan viral 2024-10-05 17:30:20 0 798
World News
Penceramah mengaku pesuruh Nabi, dakwa boleh faham bahasa semut dan jin
JAKARTA – Tindakan seorang penceramah di Indonesia yang mengaku dirinya boleh bercakap...
By Omiyou Network 2024-06-29 12:43:26 0 4K
Local News
Tuntutan palsu RM125,000, guru besar dicekup SPRM
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menahan reman seorang...
By Omiyou Network 2024-06-26 13:35:25 0 4K
Infomation
banglo mewah disangka rumah orang, rupanya rumah kambing
Rumah mewah yang kelihatan seperti banglo dua tingkat menjadi tumpuan ramai kerana ia dihuni oleh...
By Iklan viral 2024-09-20 05:31:10 0 2K
Home
Rumah diroboh, Pati pindah ke pulau lain
KOTA KINABALU - Komuniti Bajau Laut atau Palauh yang rumah mereka dirobohkan di kawasan Taman...
By Gakeps Official 2024-06-14 07:41:17 0 5K