Kita Kena Perangi GISBH habis-habisan – Sultan Perak

0
887

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menggesa supaya kegiatan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) diperangi habis-habisan kerana ia menyimpang daripada ajaran dan akidah Islam, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Saarani berkata gesaan itu dibuat selepas laporan lengkap yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah diteliti.

“Laporan daripada JAIPk itu turut mengenal pasti beberapa kumpulan di Perak yang dikhuatiri terlibat dalam ajaran sesat. Kita tidak akan berdiam diri, sebaliknya, ajaran sesat ini perlu diperangi hingga ke lubang cacing kerana ia melibatkan soal akidah dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sukma dan Para Sukma di sini, malam tadi.

Pada 4 Okt lepas, media melaporkan Saarani menyatakan bahawa segala tindakan berkaitan GISBH hanya boleh dilaksanakan setelah laporan mengenai kegiatan syarikat tersebut yang disediakan oleh JAIPk dipersembahkan kepada Sultan Nazrin.

Sehari sebelum itu, media melaporkan bahawa Saarani menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemulihan Akidah Pengikut GISBH, mirip kepada yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Johor, setelah perincian mengenainya diperoleh dan dipersembahkan kepada Sultan Nazrin.

Sementara itu, Saarani menegaskan bahawa isu ini juga akan diperincikan dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk tindakan susulan.

“Selain MKI, Jabatan Mufti Negeri Perak dan JAIPk juga akan dipanggil untuk membantu dalam memastikan gerakan ini dapat dilumpuhkan,” katanya.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Bussines News
Penamatan Subsidi Telur Ayam Sudah Dikemuka Kepada Kabinet
PUTRAJAYA: Sudah tiba masanya pemberian subsidi bagi telur ayam gred A, B dan C perlu di kaji...
By Gakeps Official 2024-10-09 13:34:03 0 976
Pendidikan
Guru dipecat selepas botakkan rambut kepala pelajar
Seorang guru di Thailand telah dipecat selepas bertindak mencukur rambut pelajar-pelajar sehingga...
By Gakeps Official 2024-09-10 10:15:56 0 2K
World News
Kediaman rasmi PM Bangladesh kena serbu, kumpulan penunjuk perasaan ‘rembat’ barangan peribadi
Umum mengetahui, negara Bangladesh kini sedang dalam kekecohan disebabkan peluang pekerjaan yang...
By Gakeps Official 2024-08-06 15:20:15 0 3K
Opinion
Warga Asing Mabuk Bergaduh Dengan Lelaki Tempatan, Korek Bebola Mata Hingga Terkeluar
Seorang warga asing yang berada dalam keadaan mabuk bertindak mengorek keluar bebola mata seorang...
By Gakeps Official 2024-11-21 07:02:30 0 340
Crime
Tiga Anak ‘diseksa’ enggan makan makanan basi, buat seks oral
KLANG – Polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam penderaan...
By Gakeps Official 2024-10-12 05:17:45 0 930