Penamatan Subsidi Telur Ayam Sudah Dikemuka Kepada Kabinet

0
1KB

PUTRAJAYA: Sudah tiba masanya pemberian subsidi bagi telur ayam gred A, B dan C perlu di kaji semula, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Katanya, adalah wajar bagi kerajaan mempertimbangkan supaya subsidi telur itu ditamatkan sekiranya bekalan tersebut telah kembali pulih dan stabil di pasaran, lapor Malaysia Gazette.

Jelasnya, penjimatan kira-kira RM100 juta daripada pemberian subdisi telur itu dapat dimanfaatkan untuk membangunkan sektor agromakanan lain yang lebih mendesak.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, cadangan penamatan subsidi itu sudah dikemukakan kepada Kabinet bagi penilaian dan pertimbangan khususnya oleh Kementerian Kewangan dan kementerian lain yang berkaitan sebelum diputuskan.

“SEBELUM INI BAGI SUBSIDI AYAM DAN TELUR, KERAJAAN BERBELANJA SEBANYAK KIRA-KIRA RM3 BILION (SETAHUN) TETAPI PABILA KITA TAMATKAN SUBSIDI AYAM, KITA DAPATI BEKALAN DAN HARGA AYAM DI PASARAN MENJADI STABIL, JADI KITA JUGA BERHARAP PERKARA SAMA BERLAKU APABILA SUBSIDI TELUR DITAMATKAN,” KATANYA KEPADA PEMBERITA DI SINI, HARI INI.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di Wisma Tani di sini hari ini.

Tambah beliau, ketika kerajaan mengambil langkah tidak popular menamatkan subsidi ayam sebelum ini, banyak pihak yang memperlekehkan usaha tersebut, kononnya akan menyebabkan harga ayam melambung.

“(Tetapi) Alhamdulillah, setelah subsidi ditamatkan, harga ayam tidak lagi melambung dan lebih penting lagi, negara mendapat manfaat dengan penjimatan RM100 juta sebulan melalui penamatan subsidi ayam,” katanya.

Search
Nach Verein filtern
Read More
World News
Ular tedung hampir mati tercekik botol ubat batuk
NEW DELHI - Seekor ular tedung nyaris mati selepas hampir tertelan sebotol ubat batuk yang...
Von Omiyou Network 2024-07-07 03:56:28 0 4KB
Home
Rumah diroboh, Pati pindah ke pulau lain
KOTA KINABALU - Komuniti Bajau Laut atau Palauh yang rumah mereka dirobohkan di kawasan Taman...
Von Gakeps Official 2024-06-14 07:41:17 0 5KB
Local News
Tiada cuti umum gantian pada 17 September ini – Hajiji
KOTA KINABALU : Kabinet negeri Sabah mengumumkan tiada cuti umum akan diberikan pada 17 September...
Von Omiyou Network 2024-09-05 08:53:27 0 2KB
Infomation
Amaran Ribut petir di 5 negeri malam ini
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin...
Von Gakeps Official 2024-08-28 01:25:21 0 3KB
World News
Anak Remaja Mogok Lapar Tiga Hari, Minta Beli Iphone Dari Mak
Iphone merupakan salah satu jenama telefon pintar yang menjadi kegilaan orang ramai di serata...
Von Iklan viral 2024-09-04 03:28:27 0 2KB