250 Pelajar IPT Terima Sumbangan Pendidikan Menerusi MP Sipitang

0
1K

BEAUFORT: Seramai 250 pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di kawasan Parlimen Sipitang telah menerima sumbangan pendidikan.

Sumbangan yang disalurkan menerusi Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Sipitang itu disampaikan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah.

Matbali berkata, sumbangan itu adalah bagi meringankan beban khususnya pelajar dan ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Hari ini kita dapat mengadakan majlis penyerahan sumbangan pendidikan untuk pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPTA dan swasta sekitar Parlimen Sipitang termasuklah Lumadan dan juga Sindumin.

“INI ADALAH SATU BANTUAN BAGI MERINGANKAN BEBANAN KHUSUSNYA KEPADA PELAJAR DAN IBU BAPA YANG ANAK MEREKA DAPAT MEMASUKI UNIVERSITI DAN KITA MERASAKAN INI ADALAH TERBAIK DALAM MEMIKIRKAN SOAL PEMBENTUKAN MODAL INSAN YANG HARUS DIGILAP,” KATANYA.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan pendidikan IPTA dan Swasta di sini hari ini.

Matbali berkata, para pelajar ini juga diharap dapat mencipta kejayaan cemerlang untuk masa depan mereka.

Katanya, program seumpama itu turut diharap dapat mengeratkan lagi hubungan dikalangan ibu bapa dan bersuai mesra dengan pelajar ke IPTA dan swasta yang berjaya ke menara gading.

“Kita mengharapkan mudah-mudahan anak-anak kita menjadi anak yang cemerlang supaya nanti insyaAllah mereka akan jadi pelajar yang cemerlang dan dapat kerja yang baik.

“InsyaAllah pada masa akan datang mereka juga akan mewarnai bukan sekadar untuk mencorakkan masa depan bukan sahaja daerah kita, negeri kita malah negara kita yang tercinta ini,” katanya.

Zoeken
Categorieën
Read More
Infomation
Sosej Bukanlah Daging Sebenar, Punca Penyakit Kronik
KUALA LUMPUR – Kesibukan menguruskan kehidupan seharian mendorong ramai golongan ibu bapa...
By Gakeps Official 2024-09-28 13:32:53 0 2K
Crime
Seorang Warga Pakistan dicari, disyaki terbabit dalam kes langgar lari DI tuaran
TUARAN: Polis mencari seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan...
By Iklan viral 2024-09-04 03:55:49 0 4K
Local News
Seorang Maut, Kenderaan Jatuh Gaung Di Bukit Kopungit
KOTA KINABALU: Penumpang maut, manakala pemandu pacuan empat roda cedera selepas kenderaan...
By Iklan viral 2024-09-29 23:06:34 0 2K
Politik
Mahkamah putuskan rayuan akhir untuk Peter Anthony 27 Nov ini
KUALA LUMPUR : Rayuan akhir bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter...
By Gakeps Official 2024-08-26 12:57:29 0 3K
Opinion
Gara-Gara Ketagih Judi Online, Isteri bakar suami Sampai Mati
JAKARTA – Seorang wanita di Alor, wilayah Nusa Tenggara Timur nekad membakar suaminya...
By Gakeps Official 2024-11-21 11:33:19 0 839