Boleh ke telan air mani suami? Ramai buat tapi tak ambil kisah hukum sebenarnya

0
933

Air mani adalah sejenis cecair yang dipancutkan dari zakar lelaki ketika mencapai tahap kemuncak syahwat.

Antara persoalan yang sering timbul dalam kalangan pasangan yang berkahwin adalah mengenai hukum menelan air mani suami.

Hal ini kerana ada segelintir pasangan yang menelan air mani suami dan menganggapnya sebagai perkara biasa.

Untuk menjawab persoalan ini, berikut adalah penjelasan lanjut.

Imam al-Nawawi menyatakan dalam kitabnya bahawa terdapat dua pendapat mengenai hal ini.

Pendapat yang sahih dan masyhur adalah bahawa air mani tidak halal untuk dimakan atau ditelan kerana ia dianggap sebagai sesuatu yang menjijikkan dan kotor.

Firman Allah SWT:

وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: “Dan ia mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.”

Imam Malik, Abu Hanifah, al-Auza‘i dan al-Thauri pula berpendapat bahawa air mani itu adalah najis kerana sudah bercampur dengan air lain seperti air mazi dan wadi.

Sebagai seorang Muslim, perbuatan ini juga dianggap bercanggah dengan hukum agama, budaya dan adab di dalam Islam kerana menyerupai perbuatan orang kafir.

Selain itu, terdapat sebuah riwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dalam kalangan mereka.”

Sekiranya anda ingin menelan air mani pasangan, disarankan agar suami menggunakan kondom untuk mengelakkan daripada sebarang masalah kesihatan.

Antara risiko menelan air mani pasangan adalah:

1. PENYAKIT KELAMIN

Risiko penyakit seperti HIV, hepatitis B dan C, herpes, syphilis dan chlamydia akan menjangkiti individu yang menelan air mani ketika melakukan seks oral.

2. RASA LOYA & MUNTAH

Air mani mempunyai kandungan protein yang tinggi boleh menyebabkan bau yang agak busuk dan memualkan.

3. SAKIT KEPALA & SELESEMA

Selain itu, perbuatan menelan air mani boleh menyebabkan anda sakit kepala dan selesema. Perkara ini berlaku kerana gejala psikosomatis buat mereka yang sebenarnya jijik terhadap sperma.

4. TRAUMA

Boleh mengakibat pasangan trauma jika tertelannya secara tidak sengaja ini kerana bau dan rasa air mani yang tidak sama dengan jangkaannya.

Site içinde arama yapın
Kategoriler
Read More
World News
Seorang Wanita Bertahan 12 Jam Atas Pokok, Terselamat Dari Banjir Besar
Seorang pelancong dari China, terselamat dari banjir besar yang melanda sebuah tempat pelancongan...
By Gakeps Official 2024-06-26 03:53:46 0 3K
Crime
Lelaki warga asing mengamuk memiliki Pisau Lipat ditahan polis
TAWAU : Polis menemui sebilah pisau lipat pada seluar seorang lelaki warga asing selepas didapati...
By Omiyou Network 2024-06-18 21:00:32 0 4K
Crime
Lelaki warga asing diliwat kenalan gimnasium warga tempatan
Petaling Jaya: Tindakan lelaki warga asing yang menerima pelawaan kenalan baru dikenali di...
By Omiyou Network 2024-07-06 14:40:51 0 4K
Opinion
Cincin tersangkut pada batang kemaluan lelaki di Ipoh
Entah apa yang difikirkan oleh lelaki ini. Jarang dibuat orang sarung cincin pada kemaluan. Namun...
By Gakeps Official 2024-09-10 12:14:17 0 1K
Crime
Lelaki maut ditetak selepas bantu jiran lapor polis di keningau
KENINGAU - Berang isteri dibantu jiran berkaitan masalah rumah tangganya, seorang lelaki...
By Iklan viral 2024-09-20 08:18:15 0 3K