Ramai artis bercerai, netizen siap senaraikan janda cantik untuk dihalalkan

0
9K

Baru beberapa hari pelakon Fazura menggalas status janda selepas bercerai dengan Fattah Amin, sudah ramai lelaki mahu mencuba nasib mendampingi aktres terbabit.

Bukan hanya Fazura, antara selebriti yang turut termasuk dalam senarai netizen menerusi media sosial adalah Nora Danish, Emma Maembong, Bella Astillah, Mawar Rashid dan Puteri Sarah.

Menerusi perkongsian tersebut, ramai lelaki daripada pelbagai peringkat umur dilihat memperkenalkan diri sambil berseloroh mereka harus bekerja keras kerana ramai artis janda perlu dihalalkan.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang meminta golongan lelaki itu mencermin diri terlebih dahulu sebelum mahu menghalalkan deretan artis janda tersebut.

“Kita kena berusaha keras, ramai yang perlu dihalalkan, senarai semakin hari semakin panjang,” komen seorang netizen.

“Kalau setakat naik Axia, tak payah la nak berangan, kau memang nak halalkan mereka, mereka pandang kau pun tidak, kalau gagak jangan berangan bersama merak,” sindir seorang netizen lain.

Paling lucu, terdapat netizen yang berseloroh supaya senarai tersebut tidak pilih bulu dan jangan menyisihkan janda lain seperti Ellie Suriaty, Datuk Seri Vida, Fauziah Ahmad Daud dan Erma Fatima.

“Mahu buat senarai jangan ‘select’, kena adil,” kata seorang pengguna media sosial.

Industri hiburan kebelakangan ini sentiasa digemparkan dengan kes perceraian pasangan selebriti popular yang melibatkan nama besar baik dek isu curang, tiada persefahaman mahupun tidak memberi nafkah.

Bermula dengan pasangan Syamsul Yusuf dan Puteri Sarah, diikuti Aliff Aziz dan Bella Astillah, senarai artis bercerai kemudiannya semakin berjela melibatkan ramai selebriti seperti Adira, Nora Danish, dan terbaharu Fazura dan Fattah Amin.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
Outro
How a Remodeler Builds the Perfect Home Gym in Your Basement?
Have you ever dreamed of having your very own gym in your basement? Imagine working out anytime...
Por Harry Wandusen 2025-03-13 22:05:45 0 1K
Film
VIRAL Jaden Newman MMS Leak xxx xx xxx lhb
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
Por Borfeg Borfeg 2025-01-08 08:31:35 0 2K
Film
+![*-!*]* Aishah Sofey Video Original Video Link Aishah Sofey Video Viral On Social Media X Trending Now pfm
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
Por Borfeg Borfeg 2025-01-06 12:03:25 0 2K
Outro
Lost a Legal Document? Here’s What You Should Do Next
It is frightening when you lose a legal document. You might wonder if all hope is gone. Yet there...
Por Harry Wandusen 2025-03-01 22:37:55 0 1K
Film
Original Grelmos Video Virale Telegram
The gorgeous model and rap singer Grelmos landed on Sette Storie telling her life story and while...
Por Amelia Rae 2024-12-29 06:29:28 0 3K