Lelaki Warga Asing Ditahan Edar Dadah

0
6K

TAWAU: Seorang lelaki warga asing disyaki pengedar dadah ditahan bersama 26 paket syabu di sebuah kawasan ladang di Kilometer 42, Jalan Apas, di sini, semalam.

Suspek berusia 43 tahun itu dicekup sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Bandar Sri Indah (BSI) dalam satu serbuan kira-kira jam 2 petang.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kegiatan pengedaran dadah di kawasan ladang berkenaan.

Katanya, pasukan serbuan terserempak dengan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan ladang berkenaan dan terus bertindak menahan suspek.

“Polis merampas sebuah beg hitam yang dipakai oleh suspek dan menemukan 26 paket plastik lutsinar berlainan saiz yang mengandungi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 7.24 gram.

“Suspek kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

 

Menurutnya, dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM800 itu juga dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jasmin berkata, polis sedang mempergiatkan usaha membanteras kegiatan jenayah dan dadah dari semasa ke semasa dengan operasi yang lebih agresif.

“Masyarakat di daerah ini diminta supaya menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah dengan menghubungi talian hotline 089-772121,” katanya.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
Film
Charlotte Parkes Leaked Viral Video New Update Files & Pict fpc
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
Por Borfeg Borfeg 2025-01-20 12:10:22 0 1K
World News
Guru wanita ditangkap khalwat dengan rakan sekerja dalam kereta
Seorang suami menangkap isterinya yang bertugas sebagai guru di dalam sebuah kenderaan ketika dia...
Por Iklan viral 2024-09-21 05:20:14 0 7K
Local News
Badrinath Helicopter Booking In Advance
Planning your visit to the holy Badrinath Temple? Ensure a stress-free and well-organized journey...
Por Helicopter Booking 2024-12-15 22:11:17 0 4K
Outro
What Paperwork Should A Dog Breeder Give You With A Puppy?
Are you looking to welcome a new furry friend into your family? Have you ever wondered what...
Por Harry Wandusen 2025-02-21 20:14:21 0 1K
Film
jannat toha Viral Video Original Link tpm
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
Por Borfeg Borfeg 2025-01-18 02:30:33 0 1K