Isteri difitnah curang dengan polis akhirnya tunjuk bukti dipukul suami

0
6K

Baru-baru ini tular satu rakaman memaparkan seorang suami menerjah isterinya di sebuah pondok polis

Dan mendakwa wanita itu berlaku curang dengan seorang anggota yang bertugas di Padang Besar, Perlis.

Susulan tularnya rakaman dimuat naik oleh suami terbabit di akaun TikTok miliknya,

isterinya menjadi sasaran kecaman pengguna media sosial yang tidak mengetahui perkara sebenar.

Tampil mendedahkan situasi sebenar mengenai konflik rumah tangganya,

Isteri dituduh curang dengan polis akhirnya tunjuk bukti dipukul suami

sang isteri yang dikenali sebagai Muny Haniey itu mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya sekitar satu tahun lalu.

Menurut Muny, suaminya itu pernah ditahan oleh pihak polis selama tiga hari selepas menendang rahang mukanya hingga bengkak dan kemerahan dalam kejadian yang berlaku pada November 2023.

Apabila kes tersebut dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar, suaminya itu membuat perjanjian berbentuk lafaz taklik untuk melepaskan Muny sebagai isteri sekiranya laporan polis berkenaan ditarik.

Bagaimanapun selepas laporan berkenaan ditarik, suaminya enggan berpisah malah sanggup mengangkat sumpah laknat di mahkamah bahawa perjanjian tersebut tidak berlaku.

Oleh yang demikian, Muny mengambil keputusan untuk memfailkan tuntutan fasakh namun suaminya itu enggan memberikan kerjasama dipercayai berniat menggantung isterinya ‘tidak bertali’.

“Saya cuba untuk berdiam sampai kes mahkamah kami selesai tetapi hal ini sudah menjadi keterlaluan dan tular di merata platform. Saya dan suami sudah tinggal berasingan selama hampir satu tahun.

“Terlalu banyak peluang yang saya berikan tetapi tidak menemui jalan keluar. Jadi saya yang melangkah meninggalkan lelaki tersebut. Sepanjang proses penceraian, saya tidak disabitkan nusyuz oleh lelaki tersebut.

“Tiada istilah curang atau apa-apa. Tetapi sebabkan kuasa tular, orang hanya mendengar sebelah pihak. Semua ini berlaku disebabkan saya yang menafkahi diri sendiri serta anak,” katanya dalam satu hantaran di platform Facebook.

Dalam hantaran tersebut, Muny bukan sahaja berkongsi bukti mengenai kes pukul dan proses penceraian mereka sahaja malah turut memuat naik tangkap layar suaminya yang sedang melakukan panggilan video.

Rupa-rupanya, suaminya itu sudah lama berlaku curang dengan ramai wanita tanpa mengira bangsa, umur atau negara selain turut melakukan panggilan video tanpa mengenakan pakaian.

“Saya terpaksa membuat dua ke tiga kerja termasuklah e-hailing secara sambilan untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak disebabkan lelaki tersebut menghalangi saya berkerja sebelum ini.

“Sebelum berkahwin, saya bekerja di kedai telefon. Tetapi disebabkan terlalu cemburu, dia suruh saya berhenti kerja. Namun dia tidak menunaikan tanggungjawabnya dalam membiayai nafkah kepada saya.

“Lelaki tersebut memang tidak mahu melepaskan saya secara baik. Dia memang berniat nak gantung saya tak bertali. Apa-apa pun, saya tidak akan lagi mengeluarkan kenyataan tentang kejadian berlaku selepas ini.” Ujarnya.

Zoeken
Categorieën
Read More
Cerita
Exploring the Metamaterial Market: Booming Growth with a CAGR of 36% by 2026
Market Overview: Metamaterial Market FY2021-2026 This reports provides an essential and...
By Jack Daniel 2024-12-23 11:29:41 0 4K
FootBall
Hackear una cuenta de Instagram gratis Cómo hackear una cuenta de Instagram sin herramientas
📌 Haga clic aquí para comenzar a hackear ahora ✅ 📌 Haga clic aquí para comenzar a...
By Daniela Acrtx 2025-01-29 12:12:38 0 2K
Film
!!+>18+!!(~XXX)!!<+ XnXx indian real xtg
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉 https://iyxwfree.my.id/watch-streaming/?video=18-xxx-xnxx-indian-real 🔴...
By Borfeg Borfeg 2025-01-06 14:00:47 0 2K
Film
[!#!]Here's Where To [WATCH] Bridget Jones: Mad About the Boy (2025) FullMovie Online ON TV wip
08 seconds - With the increasing demand for online entertainment, the entertainment industry has...
By Borfeg Borfeg 2025-01-16 01:21:30 0 1K
Other
How Does Sign Shop Customize Designs To Match Your Brand?
Are you curious about how a sign shop transforms a simple logo into a breathtaking display that...
By Harry Wandusen 2025-02-14 21:39:23 0 1K