SPRM komited benteras kegiatan rasuah di Sabah

0
4K

KOTA KINABALU:  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited melaksanakan tindakan penguatkuasaan, pencegahan sekali gus membanteras  gejala rasuah serta penyalahgunaan kuasa di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Karunanithy A/L Y. Subbiah berkata, pada peringkat awal pihaknya sangat mengalu-alukan kerjasama orang ramai dalam melaksanakan program pendidikan antirasuah.

Katanya, beliau memuji tindakan Hospital Pakar KPJ melaksanakan pendekatan langkah pencegahan di peringkat awal termasuk melaksanakan pendidikan antirasuah dalam kalangan kepada warga kerjanya.

“Kejayaan program pembudayaan integriti dalam sesebuah organisasi bergantung pada dua faktor utama iaitu program konsisten serta secara lebih menyeluruh.

“Melalui Ikrar Bebas Rasuah (IBR) merupakan penzahiran komitmen kepimpinan sesebuah organisasi dalam menunjukkan pendirian pengurusan tertinggi organisasi berintegriti, melaksanakan tadbir urus baik serta mencegah rasuah, katanya di sini semalam.

Teks ucapannya disampaikan Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah, Alexander S. Kunghi.

Karunanithy berkata, kepimpinan organisasi secara komited melaksanakan tindakan sewajarnya bagi memastikan pembudayaan integriti serta tadbir urus baik dalam organisasi mereka.

“Kita percaya, program IBR bukan bersifat one-off tetapi disusuli dan diperkasakan dengan pelbagai tindakan pengurusan tertinggi KPJ Sabah serta seluruh warga kerja,” jelas Karunanithy.

Seramai 100 kakitangan Hospital Pakar KPJ Sabah melafazkan IBR diketuai Pengurus Besarnya, Mohamad Faizal Mohamed.

Wow
1
Pesquisar
Categorias
Leia Mais
Health
lebih 191 kes cirit-birit, muntah, demam di Tenom, disyaki jangkitan Rotavirus – Dr Asits
KOTA KINABALU : Seramai 191 individu di daereh Tenom dijangkiti gastroenteritis akut...
Por Gakeps Network 2024-06-17 13:24:36 0 4K
Crime
Isteri dirogol oleh rakan suami sendiri
Seorang wanita Rohingya berusia 14 tahun dinodai rakan suaminya yang merupakan lelaki Myanmar...
Por Gakeps Official 2024-06-27 15:54:04 0 4K
World News
Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina letak jawatan, larikan diri ke India
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina yang meletakkan jawatan tiba di pangkalan tentera udara...
Por Gakeps Official 2024-08-06 01:48:25 0 3K
World News
Tercungap-cungap ketika baring, seekor anjing kantoi ‘menyamar’ jadi panda
Sebuah zoo di China mendapat kecaman orang ramai kerana mempamerkan dua ekor anjing yang...
Por Gakeps Official 2024-09-24 09:30:48 0 2K
Local News
nak dapatkan projek besar, isteri sanggup curang dengan lelaki lain
Rumah tangga yang dibina selama lebih dua dekad akhirnya berkesudahan dengan perceraian...
Por Gakeps Official 2024-09-16 21:37:37 0 2K