Mayat Pendaki Gunung Everest Dipercayai Ditemui Selepas 100 Tahun

0
6KB

KATHMANDU, NEPAL – Satu mayat manusia di Gunung Everest yang dipercayai milik seorang lelaki yang hilang ketika cuba untuk menawan puncak itu 100 tahun lalu, ditemui oleh sebuah pasukan dokumentari, National Geographic, baru-baru ini.

Memetik sumber AFP, mayat dipercayai warganegara Britain, Andrew Irvine, hilang pada tahun 1924 bersama rakan pendakinya, George Mallory, ketika kedua-duanya berusaha menjadi yang pertama menakluk puncak Everest, yang berada pada 8,848 meter di atas paras laut.

Mayat Mallory ditemui pada tahun 1999 tetapi petunjuk mengenai nasib Irvine sukar ditemui sehingga pasukan National Geographic menjumpai kasut, yang masih melindungi sisa kaki, di Glacier Central Rongbuk di puncak.

Selepas pemeriksaan lebih dekat, mereka menemui sepasang stoking dengan label merah yang mempunyai tulisan A.C. IRVINE terjahit di dalamnya, lapor majalah itu.

Penemuan itu mungkin memberikan petunjuk lanjut mengenai lokasi barang peribadi pasangan berkenaan dan mungkin membantu menyelesaikan antara satu misteri paling lama dalam dunia pendakian iaitu sama ada Irvine dan Mallory pernah berjaya sampai ke puncak.

Ini mungkin dapat mengesahkan Irvine dan Mallory sebagai yang pertama berjaya menakluk puncak itu, selepas hampir tiga dekad sebelum pendaki yang diiktiraf pertama pada tahun 1953, Edmund Hillary dan Tenzing Norgay.

Menurut anak saudara Irvine, Julie Summers, berkata penemuan itu menceritakan keseluruhan kisah mengenai apa yang mungkin berlaku.

Anggota keluarga Irvine dilaporkan menawarkan untuk berkongsi sampel DNA bagi mengesahkan identiti Irvine yang berusia 22 tahun ketika dia hilang.

Dilaporkan, Irvine dan Mallory kali terakhir dilihat oleh seorang anggota ekspedisi mereka pada petang 8 Jun 1924, selepas memulakan pendakian terakhir ke puncak pada pagi yang sama.

Irvine dipercayai membawa jaket kamera aiitu penemuan yang mungkin dapat mengubah sejarah pendakian.

Sementara itu, jurugambar dan pengarah Jimmy Chin, yang sebahagian daripada pasukan National Geographic, percaya penemuan itu pasti mengurangkan kawasan pencarian untuk kamera yang sukar ditemui itu.

Lebih 300 orang terkorban di Everest sejak ekspedisi bermula pada tahun 1920-an di mana sebahagiannya tersembunyi di bawah salji atau ditelan ke dalam celah yang dalam.

Rechercher
Catégories
Lire la suite
World News
Mayat wanita ditemui dalam bilik sewa, rupanya dibunuh suami sendiri
MAYAT seorang wanita berusia 21 tahun ditemukan dalam bilik sewa yang berkunci dalam kejadian di...
Par Gakeps Official 2024-10-25 13:20:24 0 5KB
Film
Sophia Rain Original Spiderman Video
Through the discussion below, we are going to share the information related to the viral Sophie...
Par Anna Paul 2024-12-25 09:16:50 0 3KB
Autre
Mineral Turpentine Oil Prices| Chart | Demand | Graph| Monitor | Forecast
APAC Mineral Turpentine Oil Prices Movement Q2: Mineral Turpentine Oil Prices in India: In Q2...
Par Elijah Mikaelson 2025-03-26 11:06:47 0 332
Film
[NEW-X~VIDEOs]Minahil Malik Leaked Video Viral eap
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
Par Borfeg Borfeg 2025-01-24 11:38:05 0 840
Autre
Applicant Tracking System Market Report 2025-2033, Industry Growth Opportunities, and Forecast
According to the latest report by IMARC Group, titled, “Applicant Tracking System...
Par John Patrik 2025-02-14 11:17:12 0 920