Enam Individu Ditahan, Wang Tunai RM1.4 Juta Dirampas Dalam Operasi JRS ESSCOM

0
5KB

TAWAU: Enam individu berumur antara 40 hingga 47 tahun ditahan manakala sejumlah 

RM1.4 juta wang tunai turut dirampas dalam serbuan Operasi Jenayah Rentas Sempadan (JRS) di daerah ini.

Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Victor Sanjos berkata, operasi terbabit dikoordinasikan ESSCOM bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.

“Kesemua individu terbabit ditahan mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk siasatan lanjut. 

“Selain itu, beberapa peralatan seperti

telefon dan dokumen serta fail-fail berkaitan turut dirampas semasa operasi dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Victor berkata, objektif utama operasi adalah demi menjamin keselamatan dan memelihara

ketenteraman awam di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) selain bertujuan

membanteras penyeludupan barang tidak bercukai secara menyeluruh sehingga ke akar umbi.

“ESSCOM komited dalam membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan terutamanya di ESS Zone bagi menyokong pembangunan negara dan pengukuhan sosioekonomi masyarakat berlandaskan nilai ihsan, kesejahteraan, keyakinan dan kemampanan demi memastikan hasrat Agenda Malaysia MADANI dicapai.

“ESSCOM akan terus memperhebatkan operasi bersepadu seumpama ini ke daerah-daerah ESS Zone bagi mengekang mana-mana elemen jenayah rentas sempadan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan awam di pantai Timur Sabah,” katanya.

Tambahnya, selaras dengan kejayaan Op JRS ESSCOM yang dilaksanakan pada 11 Oktober dan menyasarkan sembilan buah premis di sini ESSCOM menzahirkan penghargaan kepada petugas seramai 84 orang terdiri daripada pegawai dan anggota dari LHDN, PDRM Bukit Aman serta ESSCOM.

Beliau juga menyeru kepada masyarakat untuk

menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di ESS Zone

ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian 011-63311072.

Rechercher
Catégories
Lire la suite
Autre
Medical Electrodes Market Size, Trends, Growth Factors, and Forecast 2025-2033
IMARC Group’s latest report, titled “Medical Electrodes Market: Global Industry...
Par John Patrik 2025-01-21 12:42:42 0 2KB
Autre
[United Customer 𝒮𝑒𝓇𝓋𝒾𝒸𝑒]Does United Airlines have free 24-hour cancellation?
[United Customer 𝒮𝑒𝓇𝓋𝒾𝒸𝑒]Does United Airlines have free 24-hour cancellation? +𝟭-𝟴𝟱𝟱-𝟱𝟲𝟰-𝟴𝟬𝟬7...
Par NICOL NABTIOP 2025-01-27 17:47:45 0 1KB
Local News
Embark on a Divine Journey with Char Dham Yatra by Helicopter
Make your Char Dham Yatra by Helicopter a comfortable and time-efficient experience. Visit...
Par Helicopter Booking 2024-12-15 23:30:13 0 4KB
Health
Demystifying Glioblastoma Multiforme: Answers to 13 Crucial Questions Patients and Families Ask
  Glioblastoma Multiforme (GBM) is one of the most aggressive and challenging brain cancers....
Par David Cracc 2025-03-29 16:44:24 0 2KB
Film
Alana Cho Leaked Viral Video New Update Files & Pict yjm
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
Par Borfeg Borfeg 2025-01-20 11:55:26 0 1KB