Doktor lelaki mengendap doktor wanita mandi digantung tugas

0
4K

SINGAPURA 19 Jun 2024 – Seorang doktor muda yang cuba merakam rakan sekerja wanitanya mandi telah digantung tugas selama tiga bulan.

Tribunal tatatertib Majlis Perubatan Singapura (SMC) turut mengarahkan Dr Chen Hsing Yu mengemukakan aku janji bertulis bahawa beliau tidak akan terlibat dalam sebarang kelakuan tidak senonoh dimasa hadapan.

Pendaftaran Dr Chen dalam Daftar Pengamal Perubatan akan digantung dari 18 Jun 2024 hingga 17 Sept 2024.

Dr Chen telah mengaku bersalah melakukan perbuatan atau kelakuan tidak senonoh dengan cuba merakam doktor wanita mandi di hospital menggunakan telefon bimbitnya. Antara jam 5.20 petang dan 6.30 petang pada 17 April 2020, mangsa pergi mandi di pancuran mandian uniseks di hospital.

Dr Chen, yang merupakan pelatih residen di hospital ketika itu, cuba untuk merakamnya melalui celah di bawah pintu pancuran mandian tetapi berhenti berbuat demikian.Mangsa pulang ke rumah selepas mandi tanpa menyedari apa-apa yang berlaku.

Pada hari yang sama, salah seorang rakan sekerja mangsa memaklumkan bahawa seorang jururawat telah melihat Dr Chen cuba merakamnya ketika dia sedang mandi..

Mangsa kemudian membuat laporan polis. Latihan residensi Dr Chen di hospital itu telah ditamatkan pada 29 April 2020 dan pekerjaannya dengan MOH Holdings telah ditamatkan pada 11 Mei 2020 kerana kes berkenaan.

Dia telah disiasat dan diberi amaran bersyarat 24 bulan mulai 1 Jun 2021. Tribunal itu menyatakan bahawa kejadian itu bukan kali pertama Dr Chen mengendap orang mandi. Pada 23 April 2014, semasa dia seorang pelajar perubatan sarjana muda di Australia, dia menggunakan telefon bimbit untuk merakam video tiga saat seorang pelajar perubatan wanita semasa dia menggunakan bilik mandi uniseks di sebuah hospital di sana.

Dalam mitigasi, Dr Chen berhujah bahawa dia cuba merakam rakan sekerjanya kerana dia berasa tertekan dan di bawah tekanan yang besar, terpaksa berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang belum pernah berlaku sebelum ini sebagai seorang doktor muda pada masa itu.

Căutare
Categorii
Citeste mai mult
Local News
62 Buah Rumah Setinggan Dirobohkan
KOTA KINABALU: Sebanyak 62 buah rumah setinggan di kawasan daerah ini berjaya dirobohkan oleh...
By Gakeps Official 2024-08-15 14:17:49 0 3K
World News
Wakil Rakyat Tidur! Kanak-Kanak Tampal Sendiri Jalan Berlubang Raih Perhatian Netizen
Umum tahu krisis yang sedang melanda negara jiran, Indonesia menyebabkan rakyat tidak dipedulikan...
By Gakeps Official 2024-08-26 06:16:20 0 2K
Crime
Bergaduh Di Pusat Hiburan, Seorang Maut Manakala Rakan Kritikal
KOTA KINABALU: Seorang maut manakala rakannya kritikal dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan...
By Gakeps Network 2024-06-16 12:53:01 0 5K
Crime
Seorang Remaja 13 Tahun Didakwa Bunuh Teman Wanita Sebaya
TAWAU: Seorang remaja tidak mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, atas pertuduhan...
By Gakeps Official 2024-08-13 12:12:56 0 3K
Opinion
Isteri difitnah curang dengan polis akhirnya tunjuk bukti dipukul suami
Baru-baru ini tular satu rakaman memaparkan seorang suami menerjah isterinya di sebuah pondok...
By Gakeps Official 2024-10-12 05:21:38 0 807