Pelanggan persoal kedai makan kenakan denda RM5 sebab anak makan bersepah
Seorang pelanggan sebuah kedai makan meluahkan rasa kurang senang selepas didenda RM5 kerana anaknya membuat sepah semasa makan.
Menurut individu tersebut, dia berasa pelik apabila dapat tahu ada ‘peraturan’ seperti itu di kedai makan.
“Salam Mein, pertama kali saya kena denda RM5 dekat kedai makan sebab makan bersepah. Anak saya berusia bawah dua tahun.
“Boleh ke buat laporan KPDNKK mengenai denda itu? Boleh ke kedai denda pelanggan sebab buat sepah?,” tanya wanita tersebut.
Tambahnya lagi, dia berasakan harga makanan di kedai makan itu terlalu mahal.
“Kailan ikan masin, telur dadar, siakap 3 rasa, harganya RM55. Mahal betul, ditambah kena denda lagi,” luah pelanggan itu.
Menerusi reaksi pengguna platform X, ramai terkejut apabila mendapat tahu mengenai denda di kedai makan tersebut.
Ada yang berpendapat tidak wajar pihak kedai mengenakan denda sedemikian.
Namun ada yang berpendapat, mungkin sepah yang dibuat terlalu teruk dan wajar dikenakan denda. Tambah netizen lagi, setiap ibu bapa bertanggungjawab dengan kelakuan anak masing-masing semasa di kedai makan.
Dalam pada itu, netizen berpendapat kesemua lauk yang dimakan pelanggan tersebut dengan harga RM55 dikira standard untuk hari ini — ianya tidaklah terlalu mahal ataupun murah
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Permainan
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Lain-Lain
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Pendidikan
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Review
- Vps Forex