Pelanggan persoal kedai makan kenakan denda RM5 sebab anak makan bersepah

0
4K

Seorang pelanggan sebuah kedai makan meluahkan rasa kurang senang selepas didenda RM5 kerana anaknya membuat sepah semasa makan.

Menurut individu tersebut, dia berasa pelik apabila dapat tahu ada ‘peraturan’ seperti itu di kedai makan.

“Salam Mein, pertama kali saya kena denda RM5 dekat kedai makan sebab makan bersepah. Anak saya berusia bawah dua tahun.

“Boleh ke buat laporan KPDNKK mengenai denda itu? Boleh ke kedai denda pelanggan sebab buat sepah?,” tanya wanita tersebut.

vocket-anak-makan-bersepah-pelanggan-kedai-makan-denda-rm5-1-1050x1359.jpg

Tambahnya lagi, dia berasakan harga makanan di kedai makan itu terlalu mahal.

“Kailan ikan masin, telur dadar, siakap 3 rasa, harganya RM55. Mahal betul, ditambah kena denda lagi,” luah pelanggan itu.

Menerusi reaksi pengguna platform X, ramai terkejut apabila mendapat tahu mengenai denda di kedai makan tersebut.

Ada yang berpendapat tidak wajar pihak kedai mengenakan denda sedemikian.

Namun ada yang berpendapat, mungkin sepah yang dibuat terlalu teruk dan wajar dikenakan denda. Tambah netizen lagi, setiap ibu bapa bertanggungjawab dengan kelakuan anak masing-masing semasa di kedai makan.

Dalam pada itu, netizen berpendapat kesemua lauk yang dimakan pelanggan tersebut dengan harga RM55 dikira standard untuk hari ini — ianya tidaklah terlalu mahal ataupun murah

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
Local News
Budak perempuan 9 tahun cedera parah, motosikal langgar lubang
SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan parah selepas motosikal yang dinaiki bersama bapanya...
Por Gakeps Official 2024-08-24 22:47:34 0 3K
Local News
ESSCOM Tahan 17 PTI dan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM161,000 Di Sandakan
SANDAKAN: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) berjaya menahan seramai...
Por Gakeps Official 2024-08-24 22:16:37 0 3K
Local News
Wanita Meninggal Dunia Ketika Turun dari Gunung Kinabalu
RANAU: Seorang pendaki wanita meninggal dunia ketika turun dari puncak Gunung Kinabalu,...
Por Iklan viral 2024-08-29 22:45:30 0 3K
Crime
Dua pekerja Sabah Electricity cedera akibat diancam di Lahad Datu
Lahad Datu: Sabah Electricity Sdn Bhd hari ini membuat laporan polis selepas berlaku provokasi...
Por Iklan viral 2024-11-20 16:08:44 0 2K
Sports
didenda kerana cium isteri
PARIS  – Seorang pelumba basikal Perancis meminta maaf selepas didenda kerana mencium...
Por Gakeps Official 2024-07-07 12:00:30 0 5K