Pengurus bank kantoi curi RM6.7 Juta, ini cara dia buat

0
4K

Duit yang bernilai lebih RM6 juta yang disimpan telah lesap di sebuah bank terkemuka rupa-rupanya telah dicuri oleh pengurus banka itu sendiri akhirnya terkongkar.

Wang itu telah disimpan oleh Floletta Lizzy di dalam dua akaun Maybank sejak 2015 bagaimanapun didapati telah lesap oleh seseorang yang bernama ‘A’.

Ekoran itu, pihak polis menahan seorang pengurus cawangan Maybank yang didakwa mencuri berbilion rupiah daripada akaun milik atlet e-sport ternama, Winda Lunardi dan ibunya Floletta Lizzy.

Pasukan penyiasat hanya menamakan suspek yang merupakan pengurus bank cawangan Cipulir di Jakarta Selatan itu sebagai A.

Menurut jurucakap Polis Indonesia, Briged Jeneral Awi Setiyono, mangsa telah kehilangan wang sebanyak Rp22.87 bilion (RM6.7 juta).

“A kini ditahan di pejabat Peguamcara Daerah Tangerang di Banten,” katanya semasa sidang media baru-baru ini.

Katanya, kes bermula pada Februari lalu apabila mangsa mendapati wang yang disimpan beliau dan ibunya telah hilang.

Beliau terkejut apabila mendapati wang di dalam akaunnya hanya tinggal Rp17 juta sedangkan beliau telah membuat simpanan melebihi Rp5 bilion.

Floletta segera meminta Winda memeriksa akaunnya dan mendapati wang milik atlet itu hanya tinggal Rp 600,000.

Kedua-duanya membuat laporan polis pada Mei selepas mendakwa usaha mereka untuk menghubungi bank berkenaan tidak berhasil.

Menurut Awi, suspek didakwa telah memujuk mangsa untuk membuka akaun simpanan bertempoh dengan kadar faedah yang tinggi di bank berkenaan.

Bagaimanapun, Maybank tidak mempunyai perkhidmatan seperti itu.

Suspek kemudiannya didakwa menggunakan data yang diperolehinya untuk memindahkan wang berkenaan ke beberapa akaun lain milik temannya.

“Beliau menggunakan wang tersebut untuk pelaburan dan membuat pusingan bagi mendapatkan keuntungan,” kata polis.

Mereka ketika ini sedang menjejaki aset milik pengurus cawangan berkenaan yang didakwa diperolehi jenayah tersebut.

Setakat ini, pihak polis telah merampas kereta, tanah dan bangunan milik suspek namun masih ada aset yang masih dijejaki, jelas Awi.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
Local News
Gara-gara scammer, bank bakal ketatkan peraturan buka akaun baru
Pada masa akan datang, proses untuk membuka akaun bank baharu dilaporkan akan menjadi lebih ketat...
Por Gakeps Official 2024-08-12 08:48:42 0 3K
Entertaiment
Zarina Anjoulie beri nasihat, “Tolonglah! jangan bercinta dengan lelaki berwajah buruk”
Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie menasihati wanita-wanita di luar sana agar tidak bercinta dengan...
Por Gakeps Official 2024-10-27 03:33:30 0 2K
World News
Pengurus bank kantoi curi RM6.7 Juta, ini cara dia buat
Duit yang bernilai lebih RM6 juta yang disimpan telah lesap di sebuah bank terkemuka rupa-rupanya...
Por Gakeps Official 2024-06-24 13:00:58 0 4K
World News
Isyarat Baru MH370 Dikesan Di Australia Barat
LONDON: Selepas 10 tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, petanda baharu menyusul...
Por Gakeps Official 2024-06-19 18:29:27 0 4K
Crime
Enam Individu Ditahan, Wang Tunai RM1.4 Juta Dirampas Dalam Operasi JRS ESSCOM
TAWAU: Enam individu berumur antara 40 hingga 47 tahun ditahan manakala sejumlah  RM1.4 juta...
Por Gakeps Official 2024-10-14 01:19:29 0 1K