Akhirnya tumpas warga asing pembekal haram minyak paket

0
2كيلو بايت

Seorang lelaki warga Bangladesh yang diburu pihak berkuasa kerana dipercayai menjadi ejen pembekalan minyak masak bersubsidi

secara haram di warung dan kedai runcit sekitar tapak binaan di negeri ini sejak dua tahun lalu akhirnya berjaya ditangkap hari ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar, berkata.

suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan dalam satu serbuan bersama sepasukan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka menerusi Ops Bersepadu Kita Gempur di Batu Berendam.

Hasil soal siasat terhadap suspek membawa pihak berkuasa ke sebuah kawasan rumah kongsi yang didiami oleh warga asing di sebuah tapak pembinaan di Krubong.

Di sana, pemeriksaan menemui 80 peket minyak masak satu kilogram yang disembunyikan dalam kedai runcit untuk dijual kepada pekerja asing dan digunakan di warung makan sekitar kawasan tersebut.

“Kami percaya suspek yang memasuki negara ini dengan permit sebagai pekerja pembersihan merupakan antara dalang utama yang terlibat dalam ketirisan minyak masak bersubsidi di Melaka sejak dua tahun lalu,” kata Norena.

Beliau berkata demikian selepas operasi bersepadu selama lima jam yang melibatkan 20 pegawai dan anggota KPDN serta JIM Melaka, diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah KPDN, Mohd Hafizee Ramli.

Norena menjelaskan, suspek itu sebelum ini menjadi buruan pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan minyak masak peket yang diedarkan melalui ladang kelapa sawit sebagai hab pengagihan bekalan kepada sekurang-kurangnya empat tapak binaan.

“Setelah mendapat bekalan daripada pemborong, dia yang bertindak sebagai ejen akan mengedarkan minyak masak ini ke kedai runcit atau peniaga makanan di kawasan rumah kongsi tapak binaan, menjual antara lima hingga 10 kotak bersamaan 85 hingga 170 peket,” jelas Norena.

Pihak KPDN juga sedang menyiasat pemborong yang membekalkan minyak masak kepada warga Bangladesh tersebut, yang dipercayai sudah menjalankan kegiatan ini selama lebih dua tahun.

Selain itu, dua serbuan lain dijalankan di sebuah rumah di Malim dan Kampung Pengkalan Rama Pantai, yang membawa kepada rampasan sebanyak 459 kg minyak masak peket yang disembunyikan di bawah tangga dan di stor kediaman. Pemilik rumah mendakwa bekalan itu digunakan untuk berniaga di pasar malam, namun gagal mengemukakan permit penyimpanan kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Secara keseluruhan, di empat lokasi serbuan, KPDN dan JIM Melaka berjaya menyelamatkan lebih 560 kilogram minyak masak yang dianggarkan bernilai RM1,553.40,” kata Norena.

Dalam operasi tersebut, JIM Melaka juga berjaya menahan enam warga asing berusia antara 30-an hingga 40-an yang kini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

البحث
الأقسام
إقرأ المزيد
Opinion
Wanita 23 Tahun Kahwini Lelaki 80 Tahun
Kisah cinta antara seorang wanita berusia 23 tahun dengan seorang lelaki warga emas berusia 80...
بواسطة Omiyou Network 2024-06-18 21:09:59 0 5كيلو بايت
Politik
Mahkamah putuskan rayuan akhir untuk Peter Anthony 27 Nov ini
KUALA LUMPUR : Rayuan akhir bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter...
بواسطة Gakeps Official 2024-08-26 12:57:29 0 3كيلو بايت
World News
Guru wanita ditangkap khalwat dengan rakan sekerja dalam kereta
Seorang suami menangkap isterinya yang bertugas sebagai guru di dalam sebuah kenderaan ketika dia...
بواسطة Iklan viral 2024-09-21 05:20:14 0 2كيلو بايت
التعليم
Resipi masak udang buttermilk paling mudah tapi sedap tak cukup nasi
Resipi udang dengan kuah pekat yang kaya dengan pelbagai rasa enak. Rasa berlemak dari susu serta...
بواسطة Gakeps Official 2024-08-04 18:54:28 0 3كيلو بايت
Crime
Lelaki maut ditetak selepas bantu jiran lapor polis di keningau
KENINGAU - Berang isteri dibantu jiran berkaitan masalah rumah tangganya, seorang lelaki...
بواسطة Iklan viral 2024-09-20 08:18:15 0 4كيلو بايت