Akhirnya tumpas warga asing pembekal haram minyak paket

0
2KB

Seorang lelaki warga Bangladesh yang diburu pihak berkuasa kerana dipercayai menjadi ejen pembekalan minyak masak bersubsidi

secara haram di warung dan kedai runcit sekitar tapak binaan di negeri ini sejak dua tahun lalu akhirnya berjaya ditangkap hari ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar, berkata.

suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan dalam satu serbuan bersama sepasukan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka menerusi Ops Bersepadu Kita Gempur di Batu Berendam.

Hasil soal siasat terhadap suspek membawa pihak berkuasa ke sebuah kawasan rumah kongsi yang didiami oleh warga asing di sebuah tapak pembinaan di Krubong.

Di sana, pemeriksaan menemui 80 peket minyak masak satu kilogram yang disembunyikan dalam kedai runcit untuk dijual kepada pekerja asing dan digunakan di warung makan sekitar kawasan tersebut.

“Kami percaya suspek yang memasuki negara ini dengan permit sebagai pekerja pembersihan merupakan antara dalang utama yang terlibat dalam ketirisan minyak masak bersubsidi di Melaka sejak dua tahun lalu,” kata Norena.

Beliau berkata demikian selepas operasi bersepadu selama lima jam yang melibatkan 20 pegawai dan anggota KPDN serta JIM Melaka, diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah KPDN, Mohd Hafizee Ramli.

Norena menjelaskan, suspek itu sebelum ini menjadi buruan pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan minyak masak peket yang diedarkan melalui ladang kelapa sawit sebagai hab pengagihan bekalan kepada sekurang-kurangnya empat tapak binaan.

“Setelah mendapat bekalan daripada pemborong, dia yang bertindak sebagai ejen akan mengedarkan minyak masak ini ke kedai runcit atau peniaga makanan di kawasan rumah kongsi tapak binaan, menjual antara lima hingga 10 kotak bersamaan 85 hingga 170 peket,” jelas Norena.

Pihak KPDN juga sedang menyiasat pemborong yang membekalkan minyak masak kepada warga Bangladesh tersebut, yang dipercayai sudah menjalankan kegiatan ini selama lebih dua tahun.

Selain itu, dua serbuan lain dijalankan di sebuah rumah di Malim dan Kampung Pengkalan Rama Pantai, yang membawa kepada rampasan sebanyak 459 kg minyak masak peket yang disembunyikan di bawah tangga dan di stor kediaman. Pemilik rumah mendakwa bekalan itu digunakan untuk berniaga di pasar malam, namun gagal mengemukakan permit penyimpanan kawalan berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Secara keseluruhan, di empat lokasi serbuan, KPDN dan JIM Melaka berjaya menyelamatkan lebih 560 kilogram minyak masak yang dianggarkan bernilai RM1,553.40,” kata Norena.

Dalam operasi tersebut, JIM Melaka juga berjaya menahan enam warga asing berusia antara 30-an hingga 40-an yang kini disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Pesquisar
Categorias
Leia mais
Local News
KPDN sita 1,016.88 kg produk tidak halal disimpan bersama produk halal di Sandakan
SANDAKAN : Sebuah pasar raya di Batu 8 di sini diserbu pagi tadi selepas disyaki menyimpan produk...
Por Omiyou Network 2024-06-28 12:21:07 0 4KB
Religion
Terkini! Semua masjid dan surau di Selangor diarah tidak undang Ustaz Don beri ceramah agama
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah mengeluarkan arahan agar penceramah Ustaz Don Daniyal...
Por Omiyou Network 2024-06-29 12:46:11 0 5KB
Bussines News
Updated Biodiesel Price Trend, Historical & Forecast Data
APAC Biodiesel Prices Movement Last Quarter:  Biodiesel Prices in Indonesia: Product...
Por Stephen Thomas 2024-12-03 06:46:16 0 75
Opinion
Cincin tersangkut pada batang kemaluan lelaki di Ipoh
Entah apa yang difikirkan oleh lelaki ini. Jarang dibuat orang sarung cincin pada kemaluan. Namun...
Por Gakeps Official 2024-09-10 12:14:17 0 2KB
World News
Pengurus bank kantoi curi RM6.7 Juta, ini cara dia buat
Duit yang bernilai lebih RM6 juta yang disimpan telah lesap di sebuah bank terkemuka rupa-rupanya...
Por Gakeps Official 2024-06-24 13:00:58 0 4KB