Terpedaya Tawaran Kerja Palsu, Suri Rumah Rugi RM126,490

0
4K

JOHOR BAHRU, 9 Julai (Bernama) -- Seorang suri rumah mengalami kerugian sebanyak RM126,490 setelah terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian palsu yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan pada Jumaat lepas daripada wanita berusia 44 tahun yang mendakwa ditipu kenalan "alam maya" selepas menawarkan pekerjaan itu.

Beliau berkata mangsa mula mendaftar melalui pautan yang diberi suspek pada awal Mei untuk menjual pakej bilik hotel yang tertera di laman web terbabit, selain perlu membuat pembayaran modal.

"Mangsa dijanjikan komisen hingga 15 peratus daripada harga pakej yang berjaya dijual, manakala komisen 10 peratus pula sekiranya berjaya menjual pakej hotel kurang lima bintang.

"Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan telah membuat 17 transaksi pindahan wang secara dalam talian ke enam akaun berbeza bermula 17 hingga 28 Mei dengan keseluruhan berjumlah RM126,490," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata wanita itu hanya sedar ditipu apabila tidak berjaya mengeluarkan wang komisen diterima, sebaliknya suspek meminta mangsa membuat bayaran tambahan.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan seorang lagi suri rumah rugi RM100,000 apabila terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud, sekitar bulan Mac dan April lepas.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata wanita berusia 31 tahun itu berminat dengan pelaburan yang disediakan oleh sebuah syarikat menerusi platform media sosial Facebook.

"Mangsa menghubungi nombor tertera sebelum diarahkan suspek iaitu seorang wanita berusia 30-an yang memberitahu keuntungan sebanyak 50 peratus akan diberi dalam tempoh sebulan selepas pelaburan dibuat.

"Mangsa kemudian bertemu dengan wanita berkenaan pada 30 April lepas sebelum membuat sembilan transaksi berjumlah RM100,000 ke dalam sebuah akaun syarikat," katanya sambil menambah mangsa kemudian membuat laporan polis setelah tidak menerima hasil daripada keuntungan berkenaan.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

info tambahan! iklan scamer seperti ini berlegar-legar dalam facebook dan carian engine google.
ada juga yang menawarkan chek bantuan sebenarnya dia curi telegram anda. kini iklan berbayar banyak digunakan oleh scamer untuk mendapatkan mangsa! dan lagi viral adalah pengeluaran wang ghaib banyak dalam iklan facebook hati-hati! jadi jangan cuai!! share kepada rakan-rakan untuk infomasi kepada mereka.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Sports
didenda kerana cium isteri
PARIS  – Seorang pelumba basikal Perancis meminta maaf selepas didenda kerana mencium...
By Gakeps Official 2024-07-07 12:00:30 0 5K
World News
YouTuber maut selepas makan ‘mukbang’ ayam goreng
MANILA – Seorang pencipta kandungan melahap makanan ‘mukbang’ di Filipina...
By sabah post 2024-07-10 03:23:10 0 4K
Crime
Lelaki Maut ‘Disembelih’ jiran dan Hampir Putus Kepala Kerana Kenyit Mata Pada Isteri Jiran
Seorang lelaki hilang kewarasan apabila membunuh jirannya dengan ganas hanya kerana cemburu....
By Masai Auto car 2024-11-19 17:58:49 0 2K
World News
Seorang Wanita Bertahan 12 Jam Atas Pokok, Terselamat Dari Banjir Besar
Seorang pelancong dari China, terselamat dari banjir besar yang melanda sebuah tempat pelancongan...
By Gakeps Official 2024-06-26 03:53:46 0 4K
Entertaiment
Amboi! Budak sekarang memang gatal! Baby Shima terkejut terima mesej lucah remaja bawah umur
Kerap menjadi mangsa gangguan seksual, penyanyi Baby Shima mendedahkan terkejut menerima mesej...
By Iklan viral 2024-09-01 22:00:42 0 3K