Terpedaya Tawaran Kerja Palsu, Suri Rumah Rugi RM126,490

0
4K

JOHOR BAHRU, 9 Julai (Bernama) -- Seorang suri rumah mengalami kerugian sebanyak RM126,490 setelah terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian palsu yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan pada Jumaat lepas daripada wanita berusia 44 tahun yang mendakwa ditipu kenalan "alam maya" selepas menawarkan pekerjaan itu.

Beliau berkata mangsa mula mendaftar melalui pautan yang diberi suspek pada awal Mei untuk menjual pakej bilik hotel yang tertera di laman web terbabit, selain perlu membuat pembayaran modal.

"Mangsa dijanjikan komisen hingga 15 peratus daripada harga pakej yang berjaya dijual, manakala komisen 10 peratus pula sekiranya berjaya menjual pakej hotel kurang lima bintang.

"Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan telah membuat 17 transaksi pindahan wang secara dalam talian ke enam akaun berbeza bermula 17 hingga 28 Mei dengan keseluruhan berjumlah RM126,490," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata wanita itu hanya sedar ditipu apabila tidak berjaya mengeluarkan wang komisen diterima, sebaliknya suspek meminta mangsa membuat bayaran tambahan.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan seorang lagi suri rumah rugi RM100,000 apabila terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud, sekitar bulan Mac dan April lepas.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata wanita berusia 31 tahun itu berminat dengan pelaburan yang disediakan oleh sebuah syarikat menerusi platform media sosial Facebook.

"Mangsa menghubungi nombor tertera sebelum diarahkan suspek iaitu seorang wanita berusia 30-an yang memberitahu keuntungan sebanyak 50 peratus akan diberi dalam tempoh sebulan selepas pelaburan dibuat.

"Mangsa kemudian bertemu dengan wanita berkenaan pada 30 April lepas sebelum membuat sembilan transaksi berjumlah RM100,000 ke dalam sebuah akaun syarikat," katanya sambil menambah mangsa kemudian membuat laporan polis setelah tidak menerima hasil daripada keuntungan berkenaan.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

info tambahan! iklan scamer seperti ini berlegar-legar dalam facebook dan carian engine google.
ada juga yang menawarkan chek bantuan sebenarnya dia curi telegram anda. kini iklan berbayar banyak digunakan oleh scamer untuk mendapatkan mangsa! dan lagi viral adalah pengeluaran wang ghaib banyak dalam iklan facebook hati-hati! jadi jangan cuai!! share kepada rakan-rakan untuk infomasi kepada mereka.

Site içinde arama yapın
Kategoriler
Read More
World News
South Korea’s Digital Sex Crime Deepfake Crisis
South Korea faces an epidemic of digital sex crimes, hundreds of women and girls targeted...
By Iklan viral 2024-08-29 23:50:40 0 3K
Bussines News
KUSKOP Kini Dalam Proses Gubal Akta Koperasi Yang Baharu
KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam proses...
By Gakeps Official 2024-10-09 05:12:58 0 2K
Infomation
Amaran Ribut petir di 5 negeri malam ini
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin...
By Gakeps Official 2024-08-28 01:25:21 0 3K
Health
Amaran Cuaca Ribut Petir, Hujan Lebat Dan Angin Kencang Hampir Di Semua Negeri
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir...
By Gakeps Official 2024-09-23 22:35:01 0 3K
Local News
Cubaan bunuh dua polis, juruukur tanah mengaku tidak bersalah
Seorang juruukur tanah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cubaan membunuh dua anggota...
By Gakeps Official 2024-10-30 13:38:12 0 2K