Jadi Mangsa Buli Siber, Imane Khelif Saman Elon Musk & J.K Rowling

0
3K

Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Imane Khelif Saman Elon Musk & J.K Rowling

Peninju wanita Algeria, Imane Khelif dilapor telah menfailkan saman ke atas beberapa individu ternama berhubung dakwaan gangguan buli siber melampau.

Menurut Variety, antara individu ternama yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah itu adalah Elon Musk dan J.K Rowling.

Peguamnya, Nabil Boudi mengesahkan tuntutan berkenaan dihantar ke Pusat Anti-kebencian di Pejabat Pendakwa Raya di Perancis, minggu lepas.

Katanya lagi, kes berkenaan difailkan terhadap platform media sosial X yang dimiliki Elon, yang bermaksud ia difailkan kepada individu tidak dikenali mengikut undang-undang Perancis.

Ia sekaligus memberi kebebasan kepada pendakwa raya untuk menyiasat semua individu yang terlibat, termasuk kepada mereka yang menulis komen kebencian dibawah nama samaran.

Dakwa jadi mangsa buli siber, Imane Khelif failkan saman terhadap Elon Musk dan J.K Rowling

Bagaimanapun menurut Nabil, tuntutan tersebut turut menyebut beberapa nama individu.

“J.K Rowling dan Elon Musk merupakan antara nama yang disebut dalam tuntutan itu serta beberapa nama lain.

“Donald Trump juga pernah memuat naik hantaran mengenai hal ini. Jadi sama ada namanya disebut dalam tuntutan kami atau tidak, dia pasti akan disiasat oleh pendakwa raya,” kata Nabil lagi.

Terdahulu, penyertaan Imane dalam Sukan Olimpik telah mencetuskan kontroversi, lebih-lebih lagi selepas pertarungannya menentang petinju Itali, Angela Carini.

Dakwa berdepan dengan pelbagai kecaman dan cemuhan di media sosial

Beberapa pihak antara lain dilapor telah mempertikai kelayakannya untuk bertarung dalam acara wanita di temasya tersebut.

Walaupun lahir sebagai seorang wanita dan jantina sudah disahkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Imane mendakwa dia tetap berdepan dengan pelbagai cemuhan dan kecaman di media sosial.

Menurut Variety, kebanyakan kecaman tersebut dibuat di media sosial, terutamanya melalui platform X.

Kontroversi berkenaan kemudian dilapor menjadi lebih besar selepas beberapa individu ternama turut masuk campur.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Bussines News
Mercedes Benz Malaysia berdepan denda RM1 juta, rupanya ini puncanya
Sebuah syarikat pengedar kereta mewah, Mercedes-Benz, kini menghadapi tindakan undang-undang...
By Iklan viral 2024-09-02 06:02:44 0 2K
Opinion
HDK Gesa KKM Siasat, Ambil Tindakan Aduan Kes Doktor kena buli Di Sabah
KUALA LUMPUR – Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) menggesa Kementerian Kesihatan...
By Iklan viral 2024-09-05 23:56:28 0 2K
Infomation
Mereput di Golok! Perasaan takut ditahan pihak berkuasa Thailand sukar digambarkan
Pengalaman menjadi banduan di Penjara Narathiwat, Thailand, selama lapan bulan memberi keinsafan...
By Gakeps Official 2024-11-11 15:11:40 0 1K
Politik
Mahkamah putuskan rayuan akhir untuk Peter Anthony 27 Nov ini
KUALA LUMPUR : Rayuan akhir bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter...
By Gakeps Official 2024-08-26 12:57:29 0 2K
Local News
Lelaki Lemas Selepas Terjun Sungai Selamatkan Adik
LAHAD DATU: Seorang lelaki lemas selepas terjun ke sungai untuk menyelamatkan adik dan anak...
By Gakeps Official 2024-06-21 10:44:36 0 4K