Jadi Mangsa Buli Siber, Imane Khelif Saman Elon Musk & J.K Rowling

0
3χλμ.

Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Imane Khelif Saman Elon Musk & J.K Rowling

Peninju wanita Algeria, Imane Khelif dilapor telah menfailkan saman ke atas beberapa individu ternama berhubung dakwaan gangguan buli siber melampau.

Menurut Variety, antara individu ternama yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah itu adalah Elon Musk dan J.K Rowling.

Peguamnya, Nabil Boudi mengesahkan tuntutan berkenaan dihantar ke Pusat Anti-kebencian di Pejabat Pendakwa Raya di Perancis, minggu lepas.

Katanya lagi, kes berkenaan difailkan terhadap platform media sosial X yang dimiliki Elon, yang bermaksud ia difailkan kepada individu tidak dikenali mengikut undang-undang Perancis.

Ia sekaligus memberi kebebasan kepada pendakwa raya untuk menyiasat semua individu yang terlibat, termasuk kepada mereka yang menulis komen kebencian dibawah nama samaran.

Dakwa jadi mangsa buli siber, Imane Khelif failkan saman terhadap Elon Musk dan J.K Rowling

Bagaimanapun menurut Nabil, tuntutan tersebut turut menyebut beberapa nama individu.

“J.K Rowling dan Elon Musk merupakan antara nama yang disebut dalam tuntutan itu serta beberapa nama lain.

“Donald Trump juga pernah memuat naik hantaran mengenai hal ini. Jadi sama ada namanya disebut dalam tuntutan kami atau tidak, dia pasti akan disiasat oleh pendakwa raya,” kata Nabil lagi.

Terdahulu, penyertaan Imane dalam Sukan Olimpik telah mencetuskan kontroversi, lebih-lebih lagi selepas pertarungannya menentang petinju Itali, Angela Carini.

Dakwa berdepan dengan pelbagai kecaman dan cemuhan di media sosial

Beberapa pihak antara lain dilapor telah mempertikai kelayakannya untuk bertarung dalam acara wanita di temasya tersebut.

Walaupun lahir sebagai seorang wanita dan jantina sudah disahkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Imane mendakwa dia tetap berdepan dengan pelbagai cemuhan dan kecaman di media sosial.

Menurut Variety, kebanyakan kecaman tersebut dibuat di media sosial, terutamanya melalui platform X.

Kontroversi berkenaan kemudian dilapor menjadi lebih besar selepas beberapa individu ternama turut masuk campur.

Αναζήτηση
Κατηγορίες
Διαβάζω περισσότερα
Infomation
Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Tempat Di Sabah Petang Ini
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir...
από Gakeps Official 2024-10-04 09:12:38 0 960
Crime
Buruh binaan individu pertama disebat kerana khalwat di Terengganu
Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap buruh binaan yang...
από Gakeps Official 2024-10-30 13:35:47 0 1χλμ.
Opinion
Jemaah Haji Indonesia Selamba Jual Rojak Di Tanah Suci
Umat Islam sudah diajar untuk meninggalkan urusan dunia apabila mahu beribadah. Namun, masih...
από Gakeps Official 2024-06-20 02:29:39 0 4χλμ.
World News
Persetubuhan tanpa rela, seorang bekas inspektor polis diarah bayar 2 wanita Mongolia RM820k
Mahkamah sivil memutuskan seorang bekas inspektor polis membayar RM820,000 kepada dua wanita...
από Gakeps Official 2024-06-28 11:44:12 0 4χλμ.
Bussines News
KUSKOP salur pembiayaan RM953.9 juta kepada usahawan di Sabah – Ewon
KUALA LUMPUR : Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensi-agensinya...
από Gakeps Official 2024-06-26 13:08:35 0 3χλμ.