Rumah diroboh, Pati pindah ke pulau lain

0
5K

KOTA KINABALU - Komuniti Bajau Laut atau Palauh yang rumah mereka dirobohkan di kawasan Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) di Semporna, kini difahamkan telah berhijrah ke pulau atau ke kampung lain untuk berteduh.

Bagaimanapun, masih ada sebahagiannya yang kekal menetap di kawasan itu walaupun keadaan rumah sudah tidak sempurna selepas dirobohkan oleh pihak berkuasa dalam operasi yang dilaksanakan selama dua hari pada minggu lalu.

Aktivis Borneo Komrad, Mukmin Natang berkata, dianggarkan terdapat 1,000 komuniti tersebut yang berada di sekitar kepulauan di Semporna.

"Sekarang ini kebanyakkan komuniti Bajau Laut ke pulau-pulau sekitar untuk menumpang berteduh. Ada juga yang pergi ke kampung-kampung lain di sekitar pekan selain ada yang terpaksa merempat di Pekan Semporna.

"Ada juga rumah mereka yang dirobohkan dinding dan bumbungnya saja tetapi lantai masih ada, jadi mereka kekal tinggal di rumah itu tanpa dinding dan atap," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya lagi, kebanyakkan komuniti berkenaan sudah tidak menetap di dalam perahu seperti dulu, tinggal secara nomad atau berpindah randah.

"Masih ada yang di atas perahu tetapi agak berkurangan," katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Lew menjelaskan operasi pengedaran notis pengosongan dilaksanakan bermula 2 hingga 4 Mei lalu membabitkan 273 rumah penempatan tanpa izin yang dibina di dalam TMTS dan kerja-kerja meroboh serta pengosongan penempatan tanpa izin ini dilaksanakan bermula pada 4 hingga 6 Jun.

Sebanyak 138 penempatan tanpa izin telah dirobohkan yang dibina dalam kawasan panas dan tindakan itu telah ditularkan di media sosial dengan dakwaan bahawa rumah mereka turut dibakar.

Bagaimanapun, dari sudut pematuhan Enakmen Taman-Taman 1984, TMTS merupakan salah satu kawasan yang diwartakan sebagai kawasan TTS iaitu Taman Negeri di mana dengan membina strukur tanpa izin adalah menyalahi undang-undang di bawah enakmen tersebut.

Love
Yay
2
Cerca
Categorie
Leggi tutto
Local News
Guru Buat Laporan Polis Nafi Pelajar Dipukul
KOTA KINABALU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerima laporan daripada seorang...
By Omiyou Network 2024-06-28 12:16:09 0 4K
Local News
Pembantu Tadbir Sekolah Didakwa Guna Jawatan Untuk Dapat Suapan
TAWAU : Seorang pembantu tadbir wanita di sebuah sekolah menengah di sini mengaku tidak bersalah...
By Omiyou Network 2024-06-20 12:23:01 0 4K
Formazione
Resipi masak udang buttermilk paling mudah tapi sedap tak cukup nasi
Resipi udang dengan kuah pekat yang kaya dengan pelbagai rasa enak. Rasa berlemak dari susu serta...
By Gakeps Official 2024-08-04 18:54:28 0 3K
Bussines News
Pengasas kedai 99 Speedmart Masuk Senarai Bilionair Malaysia
KOTA KINABALU, SABAH – Pengasas rangkaian kedai serbaneka terkenal 99 Speedmart, Lee Thiam...
By Iklan viral 2024-09-10 23:31:44 0 2K
Crime
Kastam Sabah Rampas Minuman Keras Bernilai RM362,300
TAWAU: Sebanyak 6,481.8 liter minuman keras dianggarkan bernilai RM362,319.54 termasuk cukai...
By Omiyou Network 2024-07-04 12:45:50 0 3K