Rumah diroboh, Pati pindah ke pulau lain

0
5K

KOTA KINABALU - Komuniti Bajau Laut atau Palauh yang rumah mereka dirobohkan di kawasan Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) di Semporna, kini difahamkan telah berhijrah ke pulau atau ke kampung lain untuk berteduh.

Bagaimanapun, masih ada sebahagiannya yang kekal menetap di kawasan itu walaupun keadaan rumah sudah tidak sempurna selepas dirobohkan oleh pihak berkuasa dalam operasi yang dilaksanakan selama dua hari pada minggu lalu.

Aktivis Borneo Komrad, Mukmin Natang berkata, dianggarkan terdapat 1,000 komuniti tersebut yang berada di sekitar kepulauan di Semporna.

"Sekarang ini kebanyakkan komuniti Bajau Laut ke pulau-pulau sekitar untuk menumpang berteduh. Ada juga yang pergi ke kampung-kampung lain di sekitar pekan selain ada yang terpaksa merempat di Pekan Semporna.

"Ada juga rumah mereka yang dirobohkan dinding dan bumbungnya saja tetapi lantai masih ada, jadi mereka kekal tinggal di rumah itu tanpa dinding dan atap," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya lagi, kebanyakkan komuniti berkenaan sudah tidak menetap di dalam perahu seperti dulu, tinggal secara nomad atau berpindah randah.

"Masih ada yang di atas perahu tetapi agak berkurangan," katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Lew menjelaskan operasi pengedaran notis pengosongan dilaksanakan bermula 2 hingga 4 Mei lalu membabitkan 273 rumah penempatan tanpa izin yang dibina di dalam TMTS dan kerja-kerja meroboh serta pengosongan penempatan tanpa izin ini dilaksanakan bermula pada 4 hingga 6 Jun.

Sebanyak 138 penempatan tanpa izin telah dirobohkan yang dibina dalam kawasan panas dan tindakan itu telah ditularkan di media sosial dengan dakwaan bahawa rumah mereka turut dibakar.

Bagaimanapun, dari sudut pematuhan Enakmen Taman-Taman 1984, TMTS merupakan salah satu kawasan yang diwartakan sebagai kawasan TTS iaitu Taman Negeri di mana dengan membina strukur tanpa izin adalah menyalahi undang-undang di bawah enakmen tersebut.

Love
Yay
2
Zoeken
Categorieën
Read More
Bussines News
Sharp Tutup Kilang Terakhir di Jepun, Rugi RM5.8 Bilion
KOTA KINABALU: Kilang panel TV LCD terakhir di Jepun, yang dimiliki oleh gergasi elektronik Sharp...
By Gakeps Official 2024-08-24 22:29:00 0 3K
Health
Mpox in Malaysia - Health Ministry monitoring six suspected cases after confirming 25 out of 31 are negative
PUTRAJAYA, Aug 26 — There are 31 suspected cases of mpox or monkey pox in Malaysia as of...
By Gakeps Official 2024-08-26 11:45:59 0 2K
World News
termakan jerat rakan abang, budak 12 tahun dirogol 13 lelaki
Termakan jerat rakan abang, budak 12 tahun dirogol 13 lelaki. Gara-gara termakan ajakan rakan...
By Gakeps Official 2024-08-06 01:46:20 0 3K
Entertaiment
Zarina Anjoulie beri nasihat, “Tolonglah! jangan bercinta dengan lelaki berwajah buruk”
Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie menasihati wanita-wanita di luar sana agar tidak bercinta dengan...
By Gakeps Official 2024-10-27 03:33:30 0 2K
Onderwijs
Kenapa bukan ditangan? Inilah sebab kenapa Gout asyik muncul di kaki sahaja
Penyakit gout merupakan salah satu isu kesihatan yang sering menjadi topik perbincangan dalam...
By Iklan viral 2024-11-15 15:56:56 0 967