Rumah diroboh, Pati pindah ke pulau lain

0
5KB

KOTA KINABALU - Komuniti Bajau Laut atau Palauh yang rumah mereka dirobohkan di kawasan Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) di Semporna, kini difahamkan telah berhijrah ke pulau atau ke kampung lain untuk berteduh.

Bagaimanapun, masih ada sebahagiannya yang kekal menetap di kawasan itu walaupun keadaan rumah sudah tidak sempurna selepas dirobohkan oleh pihak berkuasa dalam operasi yang dilaksanakan selama dua hari pada minggu lalu.

Aktivis Borneo Komrad, Mukmin Natang berkata, dianggarkan terdapat 1,000 komuniti tersebut yang berada di sekitar kepulauan di Semporna.

"Sekarang ini kebanyakkan komuniti Bajau Laut ke pulau-pulau sekitar untuk menumpang berteduh. Ada juga yang pergi ke kampung-kampung lain di sekitar pekan selain ada yang terpaksa merempat di Pekan Semporna.

"Ada juga rumah mereka yang dirobohkan dinding dan bumbungnya saja tetapi lantai masih ada, jadi mereka kekal tinggal di rumah itu tanpa dinding dan atap," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya lagi, kebanyakkan komuniti berkenaan sudah tidak menetap di dalam perahu seperti dulu, tinggal secara nomad atau berpindah randah.

"Masih ada yang di atas perahu tetapi agak berkurangan," katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Lew menjelaskan operasi pengedaran notis pengosongan dilaksanakan bermula 2 hingga 4 Mei lalu membabitkan 273 rumah penempatan tanpa izin yang dibina di dalam TMTS dan kerja-kerja meroboh serta pengosongan penempatan tanpa izin ini dilaksanakan bermula pada 4 hingga 6 Jun.

Sebanyak 138 penempatan tanpa izin telah dirobohkan yang dibina dalam kawasan panas dan tindakan itu telah ditularkan di media sosial dengan dakwaan bahawa rumah mereka turut dibakar.

Bagaimanapun, dari sudut pematuhan Enakmen Taman-Taman 1984, TMTS merupakan salah satu kawasan yang diwartakan sebagai kawasan TTS iaitu Taman Negeri di mana dengan membina strukur tanpa izin adalah menyalahi undang-undang di bawah enakmen tersebut.

Love
Yay
2
Search
Nach Verein filtern
Read More
Crime
Suspek Warga Asing Kes Bunuh Di Keningau Diburu Polis
KENINGAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai...
Von Iklan viral 2024-09-21 22:48:36 0 2KB
Crime
Empat warga Filipina seludup keluar barangan kawalan berjaya ditahan
KUDAT : Empat warga Filipina bersama sebuah bot ditahan selepas disyaki membawa muatan pelbagai...
Von Sabah News 2024-06-14 23:35:32 0 5KB
Politik
Isteri pinang sendiri pegawai polis untuk saya - Sanusi
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengesahan dia sudah berpoligami dan majlis itu...
Von Omiyou Network 2024-09-05 02:57:56 0 2KB
World News
Ketua Kampung Curi Dana Penduduk sebanyak RM304k Untuk Sara 4 Isteri Dan 20 Anak
Seharusnya ketua kampung lebih bertanggungjawab dalam menaik taraf kemudahan di tempat mereka dan...
Von Iklan viral 2024-11-06 14:17:00 0 2KB
Local News
Budak perempuan 9 tahun cedera parah, motosikal langgar lubang
SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan parah selepas motosikal yang dinaiki bersama bapanya...
Von Gakeps Official 2024-08-24 22:47:34 0 2KB