Rumah diroboh, Pati pindah ke pulau lain

0
5K

KOTA KINABALU - Komuniti Bajau Laut atau Palauh yang rumah mereka dirobohkan di kawasan Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) di Semporna, kini difahamkan telah berhijrah ke pulau atau ke kampung lain untuk berteduh.

Bagaimanapun, masih ada sebahagiannya yang kekal menetap di kawasan itu walaupun keadaan rumah sudah tidak sempurna selepas dirobohkan oleh pihak berkuasa dalam operasi yang dilaksanakan selama dua hari pada minggu lalu.

Aktivis Borneo Komrad, Mukmin Natang berkata, dianggarkan terdapat 1,000 komuniti tersebut yang berada di sekitar kepulauan di Semporna.

"Sekarang ini kebanyakkan komuniti Bajau Laut ke pulau-pulau sekitar untuk menumpang berteduh. Ada juga yang pergi ke kampung-kampung lain di sekitar pekan selain ada yang terpaksa merempat di Pekan Semporna.

"Ada juga rumah mereka yang dirobohkan dinding dan bumbungnya saja tetapi lantai masih ada, jadi mereka kekal tinggal di rumah itu tanpa dinding dan atap," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya lagi, kebanyakkan komuniti berkenaan sudah tidak menetap di dalam perahu seperti dulu, tinggal secara nomad atau berpindah randah.

"Masih ada yang di atas perahu tetapi agak berkurangan," katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Lew menjelaskan operasi pengedaran notis pengosongan dilaksanakan bermula 2 hingga 4 Mei lalu membabitkan 273 rumah penempatan tanpa izin yang dibina di dalam TMTS dan kerja-kerja meroboh serta pengosongan penempatan tanpa izin ini dilaksanakan bermula pada 4 hingga 6 Jun.

Sebanyak 138 penempatan tanpa izin telah dirobohkan yang dibina dalam kawasan panas dan tindakan itu telah ditularkan di media sosial dengan dakwaan bahawa rumah mereka turut dibakar.

Bagaimanapun, dari sudut pematuhan Enakmen Taman-Taman 1984, TMTS merupakan salah satu kawasan yang diwartakan sebagai kawasan TTS iaitu Taman Negeri di mana dengan membina strukur tanpa izin adalah menyalahi undang-undang di bawah enakmen tersebut.

Love
Yay
2
Site içinde arama yapın
Kategoriler
Read More
World News
Tokoh Agama Terkenal Memukul Isteri Guna Paip PVC
JAKARTA  – Seorang tokoh agama yang terkenal di kota Surabaya, wilayah Jawa Timur...
By Gakeps Official 2024-08-30 21:33:29 0 2K
Tech
YouTuber “Modified” Pasang Enjin Petrol Pada Tesla, Boleh Pergi 2,574 Km Tanpa Perlu Cas
Seorang Youtuber mencuri perhatian komuniti kereta di seluruh dunia apabila mengubah suai dan...
By Gakeps Official 2024-07-10 21:17:00 0 3K
Local News
Wanita Warga Asing Buat Aksi Tidak Senonoh Dihadapan Maybank Kampung Air
Media sosial baru-baru ini kecoh apabila klip video berdurasi 10 saat menunjukkan seorang wanita...
By Gakeps Official 2024-10-04 05:03:59 0 1K
Crime
Suspek Warga Asing Kes Bunuh Di Keningau Diburu Polis
KENINGAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai...
By Iklan viral 2024-09-21 22:48:36 0 2K
Infomation
250 Pelajar IPT Terima Sumbangan Pendidikan Menerusi MP Sipitang
BEAUFORT: Seramai 250 pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)...
By Gakeps Official 2024-10-09 13:56:06 0 689