Budak perempuan 9 tahun cedera parah, motosikal langgar lubang

0
3K

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan parah selepas motosikal yang dinaiki bersama bapanya terlanggar lubang saluran kabel bawah tanah yang dibiarkan tidak bertutup dekat Jalan Persiaran Rimbun Indah, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu berlaku ketika mangsa bersama bapanya dalam perjalanan menghantarnya ke sekolah dan keadaan masih gelap menyebabkan penunggang motosikal tidak nampak lubang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, lubang yang sebelum ini tertutup rapi itu turut menyebabkan tiga lagi kereta mengalami kerosakan akibat terjatuh ke dalamnya.

“Berlaku kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan iaitu tiga kereta dan sebuah motosikal di Jalan Persiaran Rimbun Indah.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang seorang lelaki berumur 44 tahun bersama anaknya pelajar sekolah berumur sembilan tahun sedang bergerak dari arah Persiaran Rimbun Indah ke arah Seremban.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, penunggang motosikal yang sedang bergerak di lorong kiri secara tiba-tiba terlanggar lubang yang berada di hadapan laluannya,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, akibat daripada perlanggaran itu, pembonceng dan penunggang motosikal tercampak jatuh di atas jalan raya.

“Ketiga-tiga pemandu kereta dari arah yang sama turut melanggar lubang itu namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya.

Tambah beliau, mangsa pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah pada kepala dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan manakala bapanya mengalami luka pada tangan.

Justeru beliau berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Sankar di talian 014-6000353 atau boleh terus ke mana-mana Balai Polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Rule 10LN166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Search
Categories
Read More
Bussines News
KUSKOP Kini Dalam Proses Gubal Akta Koperasi Yang Baharu
KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam proses...
By Gakeps Official 2024-10-09 05:12:58 0 2K
Crime
Polis Australia terpaksa masuk campur bantu PDRM, Serbu stor dadah di Ampang Jaya
Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan kerjasama Polis Persekutuan Australia (AFP), t telah...
By Gakeps Official 2024-08-24 11:49:32 0 3K
Crime
Seorang Warga Pakistan dicari, disyaki terbabit dalam kes langgar lari DI tuaran
TUARAN: Polis mencari seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan...
By Iklan viral 2024-09-04 03:55:49 0 4K
Local News
160 Rumah Setinggan Dirobohkan
KOTA MARUDU: Sebanyak 160 rumah koloni setinggan yang dibina di tanah milik kerajaan negeri untuk...
By Gakeps Official 2024-07-05 10:48:55 0 4K
Entertaiment
Story The Chill Guy Meme: A Universal Connection
I have no idea what this is or where it comes from, and yet, somehow, I am this meme. It’s...
By Gakeps Official 2024-11-21 15:33:19 0 806