Budak perempuan 9 tahun cedera parah, motosikal langgar lubang

0
3K

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan parah selepas motosikal yang dinaiki bersama bapanya terlanggar lubang saluran kabel bawah tanah yang dibiarkan tidak bertutup dekat Jalan Persiaran Rimbun Indah, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu berlaku ketika mangsa bersama bapanya dalam perjalanan menghantarnya ke sekolah dan keadaan masih gelap menyebabkan penunggang motosikal tidak nampak lubang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, lubang yang sebelum ini tertutup rapi itu turut menyebabkan tiga lagi kereta mengalami kerosakan akibat terjatuh ke dalamnya.

“Berlaku kemalangan jalan raya membabitkan empat kenderaan iaitu tiga kereta dan sebuah motosikal di Jalan Persiaran Rimbun Indah.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang seorang lelaki berumur 44 tahun bersama anaknya pelajar sekolah berumur sembilan tahun sedang bergerak dari arah Persiaran Rimbun Indah ke arah Seremban.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, penunggang motosikal yang sedang bergerak di lorong kiri secara tiba-tiba terlanggar lubang yang berada di hadapan laluannya,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, akibat daripada perlanggaran itu, pembonceng dan penunggang motosikal tercampak jatuh di atas jalan raya.

“Ketiga-tiga pemandu kereta dari arah yang sama turut melanggar lubang itu namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya.

Tambah beliau, mangsa pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah pada kepala dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan manakala bapanya mengalami luka pada tangan.

Justeru beliau berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Sankar di talian 014-6000353 atau boleh terus ke mana-mana Balai Polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Rule 10LN166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Buscar
Categorías
Read More
Crime
Warga Asing tampa dokumen semakin berani, Beri Maklumat Palsu Mohon Mykad Dipenjara 12 Bulan
KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dipenjara...
By Omiyou Network 2024-06-26 03:48:35 0 4K
Opinion
Kita Kena Perangi GISBH habis-habisan – Sultan Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menggesa supaya kegiatan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH)...
By Gakeps Official 2024-10-09 13:30:09 0 1K
World News
Ular tedung hampir mati tercekik botol ubat batuk
NEW DELHI - Seekor ular tedung nyaris mati selepas hampir tertelan sebotol ubat batuk yang...
By Omiyou Network 2024-07-07 03:56:28 0 5K
Crime
Lelaki warga asing diliwat kenalan gimnasium warga tempatan
Petaling Jaya: Tindakan lelaki warga asing yang menerima pelawaan kenalan baru dikenali di...
By Omiyou Network 2024-07-06 14:40:51 0 4K
Local News
31 Ogos kini Diisytihar Hari Sabah
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mewartakan pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos. Setiausaha...
By Gakeps Official 2024-07-06 13:04:23 0 4K