Ini 10 Tip Penjagaan Kereta Anda Supaya Tahan Lama
Jangan Leka, Ini 10 Tip Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama
Kereta merupakan kenderaan peribadi yang dimiliki sekurang-kurangnya sebuah bagi setiap isi rumah di Malaysia.
Setiap pemilik kereta pastinya menginginkan agar kereta masing-masing sentiasa berada dalam keadaan yang baik, malah boleh digunakan sepanjang masa tanpa sebarang masalah.
Penyelenggaraan merupakan asas penjagaan kereta yang sangat penting dan ‘kesihatan’ kereta hendaklah dijaga setiap masa. Hal ini bagi mengelakkan kenderaan tersebut meragam sehingga boleh mendatangkan masalah kepada anda sebagai pemilik nanti.
Kami kongsikan perkara-perkara penting untuk anda yang ingin menjaga kereta supaya tahan lama dan susah untuk rosak terutama apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka di tempat-tempat yang susah untuk dapatkan bengkel kereta.
Penting untuk pengguna kereta mengetahui serba sedikit bahagian penting kereta supaya senang untuk buat service berkala terutama kereta yang sudah diluar tempoh warranty.
1. MINYAK HITAM
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.
2. FILTER
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km.
3. SPARK PLUG
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya.
4. BATERI KERETA
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan. Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.
5. AIR FILTER (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.
6. GEAR OIL
Untuk mereka yang pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh ditukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km.
7. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
8. RADIATOR COOLANT
Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali. Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih.
9. AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.
Ini kerana belt-belt ini letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
10. WATER PUMP
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali kedua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.
Maintenance Schedule
Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ini hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan. Maksudnya, benda yang kita tukar itu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ini mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang.
Itulah serba sedikit berkenaan dengan Tip Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama yang perlu anda ketahui supaya kereta anda sentiasa berada didalam keadaan baik.
Sumber: JDMH Autoservice – Seri Kembangan via Facebook
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Juegos
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Other
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Educación
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Vista previa
- Vps Forex