Ini 10 Tip Penjagaan Kereta Anda Supaya Tahan Lama

0
2Кб

Jangan Leka, Ini 10 Tip Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama

Kereta merupakan kenderaan peribadi yang dimiliki sekurang-kurangnya sebuah bagi setiap isi rumah di Malaysia.

Setiap pemilik kereta pastinya menginginkan agar kereta masing-masing sentiasa berada dalam keadaan yang baik, malah boleh digunakan sepanjang masa tanpa sebarang masalah.

Penyelenggaraan merupakan asas penjagaan kereta yang sangat penting dan ‘kesihatan’ kereta hendaklah dijaga setiap masa. Hal ini bagi mengelakkan kenderaan tersebut meragam sehingga boleh mendatangkan masalah kepada anda sebagai pemilik nanti.

Kami kongsikan perkara-perkara penting untuk anda yang ingin menjaga kereta supaya tahan lama dan susah untuk rosak terutama apabila berlaku kerosakan yang tidak dijangka di tempat-tempat yang susah untuk dapatkan bengkel kereta.

Penting untuk pengguna kereta mengetahui serba sedikit bahagian penting kereta supaya senang untuk buat service berkala terutama kereta yang sudah diluar tempoh warranty. 

1. MINYAK HITAM
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.

2. FILTER
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km.

3. SPARK PLUG
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya.

4. BATERI KERETA
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan. Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.

5. AIR FILTER (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.

6. GEAR OIL
Untuk mereka yang pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh ditukar dalam 60,000km perjalanan sekali.

Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km.

Поиск
Категории
Больше
World News
Ingatkan potong ayam, rupanya ‘kawan makan kawan’
NGERI, hanya itulah perkataan yang sesuai menggambarkan satu kejadian pembunuhan yang berlaku di...
От Omiyou Network 2024-07-04 13:02:10 0 4Кб
Artist
Lafaz cerai taklik -Syamsul, Ira Kazar tiba di mahkamah
KUALA SELANGOR – Pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof melahirkan rasa rindu terhadap...
От Omiyou Network 2024-09-05 03:36:24 0 2Кб
World News
Dua Remaja Korea Utara dihukum kerja berat 12 tahun kerana menonton K-Drama
Rakaman kejadian sekitar 2022 yang menunjukkan dua remaja itu berdiri di atas pentas di sebuah...
От Gakeps Official 2024-07-08 15:15:57 0 3Кб
Образование
Saintis dedah satu hari nanti Bumi akan mengambil masa 25 jam sehari!
Hari di Bumi akan semakin panjang kerana Bulan semakin menjauhi planet kita, menurut laporan...
От Gakeps Official 2024-08-20 10:55:40 0 3Кб
Tech
YouTuber “Modified” Pasang Enjin Petrol Pada Tesla, Boleh Pergi 2,574 Km Tanpa Perlu Cas
Seorang Youtuber mencuri perhatian komuniti kereta di seluruh dunia apabila mengubah suai dan...
От Gakeps Official 2024-07-10 21:17:00 0 3Кб