Salah faham punca lelaki dibunuh di Tawau
TAWAU : Polis menahan seorang lelaki warga asing serta menemui sebilah parang dipercayai digunakan dalam kejadian kes bunuh di sebuah rumah di Kampung Ranggu Cina, Batu 8, Jalan Apas di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP, Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 31 tahun bekerja sebagai buruh kasar di kebun kawasan Kampung Ranggu Cina.
Katanya, motif kejadian dipercayai salah faham antara mangsa berumur 33 tahun bersama keluarga suspek dalam kejadian jam 8 malam pada 31 Ogos lalu.
“Pada jam 11.30 pagi semalam, satu laporan polis diterima mendakwa abang mangsa datang ke Balai Polis Inanam, Kota Kinabalu memaklumkan adik lelakinya dibunuh di Kampung Ranggu Cina, Tawau.
“Bertindak atas maklumat tersebut, polis memaklumkan menemukan satu mayat lelaki dengan beberapa kesan tetakan di sebuah rumah lokasi yang dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jasmin berkata, polis kemudiannya berjaya menahan suspek serta menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa.
“Siasatan kes ini akan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) akan dijalankan esok di Mahkamah Majistret Tawau untuk siasatan lanjut,” jelas Jasmin.
- Local News
- World News
- Crime
- Politik
- Film
- FootBall
- Food
- Giochi
- Health
- Home
- Literature
- Music
- Networking
- Altre informazioni
- Religion
- Shopping
- Sports
- Opinion
- Tech
- Scam
- Bussines News
- Credit
- Hosting
- Insurance
- Infomation
- Finance
- Entertaiment
- Formazione
- Artist
- Trick and hack
- Forex
- Anteprima
- Vps Forex