Salah faham punca lelaki dibunuh di Tawau

0
6K

TAWAU : Polis menahan seorang lelaki warga asing serta menemui sebilah parang dipercayai digunakan  dalam kejadian kes bunuh di sebuah rumah di Kampung Ranggu Cina, Batu 8, Jalan Apas di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP, Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 31 tahun bekerja sebagai buruh kasar di kebun kawasan Kampung Ranggu Cina.

Katanya, motif kejadian dipercayai salah faham antara mangsa berumur 33 tahun bersama keluarga suspek dalam kejadian jam 8 malam pada 31 Ogos lalu.

“Pada jam 11.30 pagi semalam, satu laporan polis diterima mendakwa abang mangsa datang ke Balai Polis Inanam, Kota Kinabalu memaklumkan adik lelakinya dibunuh di Kampung Ranggu Cina, Tawau.

“Bertindak atas maklumat tersebut,  polis memaklumkan menemukan satu mayat lelaki dengan beberapa kesan tetakan di sebuah rumah lokasi yang dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jasmin berkata, polis kemudiannya berjaya menahan suspek serta menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa.

“Siasatan kes ini akan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) akan dijalankan esok di Mahkamah Majistret Tawau untuk siasatan lanjut,” jelas Jasmin.

Zoeken
Categorieën
Read More
Other
What Is The Cancellation Policy With Turkish Airlines?
What Is The Cancellation Policy With Turkish Airlines? Turkish  Airlines provides a 24-hour...
By Mike Jane 2025-01-30 12:29:17 0 970
Film
VIDEO+VIRAL ] Bangladeshi TikTok Girl Ridhi 18+ Viral Video Original YouTube Video Link eue
CLICK THIS L!NKK 🔴📱👉...
By Borfeg Borfeg 2025-01-18 02:08:41 0 981
Film
Lily Phillips 100 One Day Watch Reddit
Fans on Reddit and other platforms are buzzing about Lily Phillips, especially her viral video...
By Olivia Rodrigo 2024-12-19 13:36:53 0 4K
Other
[+1-855-564-8009] What are the cheapest days to fly on Southwest Airlines? {Southwest®Call}
The cheapest day to book Southwest Airlines is typically Tuesday, especially in the afternoon...
By Jimmy Choo 2025-01-24 18:26:15 0 1K
Other
Aircraft Component MRO Market Share, Size, Trends, Growth Factors, and Forecast 2025-2033
According to the latest report by IMARC Group, titled “Aircraft Component MRO Market...
By John Patrik 2025-03-11 10:18:29 0 593