Ibu tunggal ditahan bersama syabu 6.01 gram dirampas

0
2K

TAWAU : Seorang ibu tunggal  ditahan disyaki menjadi tokan dadah warga asing serta merampas 6.01 gram dadah jenis syabu, di sebuah rumah di kampung Brantian, Jalan Kalabakan, Tawau, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Tawau melalui OPS Tapis.

Katanya, polis menyerbu sebuah rumah tidak bernombor sekali gus menahan seorang suspek tersebut ketika berada dalam keadaan mencurigakan di ruang tamu rumahnya.

“Suspek menyerahkan sebuah beg berzip, pemeriksaan lanjut di dalam beg tersebut terdapat 20 peket plastik lutsinar berlainan saiz.

“Setiap peket plastik tersebut berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 6.01 gram dianggarkan bernilai RM6,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jasmin berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) akta yang sama,” jelas Jasmin.

Search
Categories
Read More
World News
Hotel ‘Ayam Jantan’ Gergasi, Hanya RM338 Penginapan 1 Malam
Sebuah hotel yang berbentuk menyerupai seekor ayam jantan gergasi telah dibina di bandar Talisay,...
By Gakeps Official 2024-11-10 16:03:08 0 2K
Infomation
lebih 60 tahun meniaga sate tak pernah basuh periuk, pemilik dakwa itu adalah resepi rahsia sate sentiasa sedap
Gara-gara tidak membersihkan balang sos sejak lebih setengah abad, sebuah restoran popular di...
By Iklan viral 2024-09-02 05:58:10 0 2K
Tech
Apa itu gakeps?
"Gakeps" adalah sebuah laman web yang direka untuk menjadi pusat maklumat dan perkhidmatan...
By Gakeps Official 2024-08-11 02:31:21 0 3K
World News
Bijili Ramesh - Tamil Actor-Comedian And YouTube Sensation Dies
Chennai: Tamil actor Bijili Ramesh died due to prolonged illness in Chennai on August 26 night,...
By Gakeps Official 2024-08-27 22:46:40 0 2K
Local News
Undang-undang jenayah cyber perlu diperbaharui segera – Masiung
KOTA KINABALU: Undang-undang sedia ada berkaitan jenayah siber umpama ‘besi buruk’...
By Gakeps Official 2024-06-20 07:30:08 0 4K