Cubaan Rancang serang Pope Francis ketika lawatan ke Asia-Pasifik, 7 warga indonesia ditahan

0
2KB

JAKARTA: Tujuh individu yang terbabit dalam rancangan untuk menyerang Pope Francis ketika lawatannya ke Asia-Pasifik, ditahan Polis Indonesia.

The Straits Times melaporkan, tangkapan itu dilakukan pada awal September di beberapa lokasi, termasuk Jakarta, Bogor, Bekasi, Sumatera Barat dan Kepulauan Bangka Belitung.

Penangkapan itu diumumkan oleh skuad anti-keganasan polis Indonesia, Detasmen-88.

Menurut kenyataan itu, inisial mereka yang ditahan adalah HFP, LB, DF, FA, HS, ER dan RS.

Jurucakap Detasmen-88, Aswin Siregar, berkata siasatan kini masih dijalankan dan belum dipastikan sama ada kesemua mereka yang ditahan saling mengenali atau daripada kumpulan pengganas yang sama.

Kami mempunyai mekanisme untuk memantau dan memeriksa. Kami menerima maklumat daripada orang awam," kata Kolonel Aswin.

Carian yang dijalankan di rumah salah seorang pengganas yang didakwa merancang serangan ke atas Pope Francis itu yang melawat Jakarta dari 3 hingga 6 September lalu menemui anak panah, sebuah dron, dan risalah ISIS, menurut sumber yang memberitahu The Straits Times.

Beberapa orang yang ditahan telah mengangkat sumpah setia kepada ISIS, tambahnya.

"Salah seorang yang ditahan adalah seorang militan yang tergolong dalam kumpulan pengganas menyerang Wiranto," menurut sumber yang merujuk kepada Menteri Keselamatan Indonesia pada ketika itu yang ditikam oleh dua penyerang radikal ISIS pada tahun 2019.

Sumber mendedahkan, individu itu marah dengan lawatan Pope Francis ke masjid Istiqlal di Jakarta iaitu masjid terbesar di Asia Tenggara dan kesal dengan rayuan kerajaan kepada stesen televisyen untuk menghentikan siaran azan seperti biasa untuk menayangkan siaran langsung lawatan Pope Francis.

Stesen televisyen turut menggantikan siaran azan dengan mengumumkannya menggunakan teks.

Pesquisar
Categorias
Leia mais
World News
umur panjang, Lelaki Kena Sengat 240 Ekor Tebuan Tapi Masih Hidup
Cardiff: Seorang lelaki di United Kingdom bertuah kerana umurnya masih panjang walaupun...
Por Gakeps Official 2024-09-09 23:21:58 0 2KB
Local News
Khazanah diminta rangka pelan wajah baru Kuala Lumpur sebelum Belanjawan 2025
KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad diminta untuk merangka satu pelan yang menampilkan...
Por Gakeps Official 2024-09-04 11:16:16 0 2KB
Tech
2025 Proton Saga leaked? Photo from emerges online
Are we looking at the next-gen 2025 Proton Saga? This photo was posted on the paultan.org...
Por Gakeps Official 2024-11-21 15:27:06 0 375
Crime
Seorang Remaja 13 Tahun Didakwa Bunuh Teman Wanita Sebaya
TAWAU: Seorang remaja tidak mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, atas pertuduhan...
Por Gakeps Official 2024-08-13 12:12:56 0 3KB
Crime
Kastam Sabah Rampas Minuman Keras Bernilai RM362,300
TAWAU: Sebanyak 6,481.8 liter minuman keras dianggarkan bernilai RM362,319.54 termasuk cukai...
Por Omiyou Network 2024-07-04 12:45:50 0 4KB