Cubaan Rancang serang Pope Francis ketika lawatan ke Asia-Pasifik, 7 warga indonesia ditahan

0
1K

JAKARTA: Tujuh individu yang terbabit dalam rancangan untuk menyerang Pope Francis ketika lawatannya ke Asia-Pasifik, ditahan Polis Indonesia.

The Straits Times melaporkan, tangkapan itu dilakukan pada awal September di beberapa lokasi, termasuk Jakarta, Bogor, Bekasi, Sumatera Barat dan Kepulauan Bangka Belitung.

Penangkapan itu diumumkan oleh skuad anti-keganasan polis Indonesia, Detasmen-88.

Menurut kenyataan itu, inisial mereka yang ditahan adalah HFP, LB, DF, FA, HS, ER dan RS.

Jurucakap Detasmen-88, Aswin Siregar, berkata siasatan kini masih dijalankan dan belum dipastikan sama ada kesemua mereka yang ditahan saling mengenali atau daripada kumpulan pengganas yang sama.

Kami mempunyai mekanisme untuk memantau dan memeriksa. Kami menerima maklumat daripada orang awam," kata Kolonel Aswin.

Carian yang dijalankan di rumah salah seorang pengganas yang didakwa merancang serangan ke atas Pope Francis itu yang melawat Jakarta dari 3 hingga 6 September lalu menemui anak panah, sebuah dron, dan risalah ISIS, menurut sumber yang memberitahu The Straits Times.

Beberapa orang yang ditahan telah mengangkat sumpah setia kepada ISIS, tambahnya.

"Salah seorang yang ditahan adalah seorang militan yang tergolong dalam kumpulan pengganas menyerang Wiranto," menurut sumber yang merujuk kepada Menteri Keselamatan Indonesia pada ketika itu yang ditikam oleh dua penyerang radikal ISIS pada tahun 2019.

Sumber mendedahkan, individu itu marah dengan lawatan Pope Francis ke masjid Istiqlal di Jakarta iaitu masjid terbesar di Asia Tenggara dan kesal dengan rayuan kerajaan kepada stesen televisyen untuk menghentikan siaran azan seperti biasa untuk menayangkan siaran langsung lawatan Pope Francis.

Stesen televisyen turut menggantikan siaran azan dengan mengumumkannya menggunakan teks.

Căutare
Categorii
Citeste mai mult
Crime
Lapan Ahli Kongsi Gelap Termasuk Tujuh Juvana Didakwa Cederakan Remaja 15 tahun
JOHOR BAHRU, 24 Jun (Bernama) Lapan ahli kongsi gelap termasuk tujuh remaja bawah umur...
By Gakeps Official 2024-06-24 17:52:15 0 4K
Crime
Remaja Dipenjara 11 Bulan, Menipu Maklumat Kad Pengenalan
KOTA KINABALU: Seorang remaja perempuan dipenjara 11 bulan selepas mengaku bersalah memberi...
By Iklan viral 2024-09-26 10:52:32 0 1K
Infomation
Pegawai Daerah jangan ‘tapuk’ projek pembangunan – Hajiji
TUARAN : Pegawai Daerah diingatkan agar jangan ‘tapuk atau menyembunyikan maklumat...
By Gakeps Official 2024-08-15 14:22:08 0 3K
Artist
Lafaz cerai taklik -Syamsul, Ira Kazar tiba di mahkamah
KUALA SELANGOR – Pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof melahirkan rasa rindu terhadap...
By Omiyou Network 2024-09-05 03:36:24 0 2K
Trick and hack
Orang tua dulu cakap masak sardin kena goreng dulu, nak lagi padu tambah 1 bahan rahsia ini sekali
Sardin adalah antara hidangan ringkas yang menjadi kegemaran banyak orang. Satu hidangan seperti...
By Iklan viral 2024-10-26 16:41:20 0 2K