Kecewa tak dapat anak perempuan, ibu guna kapak bunuh anak sendiri berusia 18 hari

0
2KB

HASRAT memiliki anak perempuan tidak kesampaian menjadi punca seorang bayi lelaki maut dibunuh ibunya sendiri dalam kejadian di Kabupaten Labuhanbatu Utara, Indonesia pada Isnin lalu.

Kecewa dengan jantina anaknya itu, ibu yang hanya dikenali sebagai YW, 33, bertindak memandikan bayi berusia 18 hari itu di luar rumah sebelum membunuhnya pada pagi Isnin.

Menurut jiran suspek, Muharni mula menyedari riak wajah YW yang kelihatan cemas dan tertekan kurang 10 minit selepas selesai memandikan mangsa.

Suspek kemudiannya dilihat berjalan ke arah bayi yang terbaring di atas katil sebelum mengambil kapak dan parang dari dapur dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.

Melihat situasi yang mengejutkan Muharni itu sekali gus membuatkannya menjerit ketakutan.

“Tolong, ada sesuatu yang tidak kena di dalam,” katanya ketika menceritakan detik itu.

Ketua Polis Labuhanbatu, AKBP Dr Bernhard L Malau berkata, suspek dilihat sedang duduk di sudut rumah dengan raut wajah sugul ketika pihaknya tiba di lokasi kejadian.

Bernhard berkata, mangsa ditemui terbaring tidak bernyawa dengan kesan luka di leher.

“Kami perlu melindungi pelaku dan memahami apa yang berlaku di sini,” katanya.

Beliau pada masa sama mengambil tindakan dengan bertanya beberapa soalan kepada suspek ketika menjalankan siasatan.

“Dia menjawab ‘saya tidak boleh, saya tidak mahu anak ini, saya mahu anak perempuan’ sambil mengalirkan air mata,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam, AKP Syafrudin berkata, pihaknya mengambil maklum serta prihatin terhadap kejadian yang berlaku itu.

“Kejadian ini benar-benar tragis dan di luar batas kemanusiaan. Kami segera bertindak pantas selepas menerima laporan daripada penduduk, dan menahan suspek.

Search
Nach Verein filtern
Read More
Religion
Cinta tak kesampaian, wanita sarawak mohon keluar Islam
Seorang wanita Sarawak merayu untuk meninggalkan Islam dan kembali ke agama Kristian selepas...
Von Iklan viral 2024-10-08 05:49:58 0 1KB
Opinion
susah nak tahu jantina, Rupanya dah jadi trend daftar nama anak tiada bin/binti
Ramai di antara kita mungkin pernah menghadapi masalah apabila nama yang tertera pada tiket...
Von Gakeps Official 2024-09-19 11:27:39 0 2KB
Artist
“inilah Perkara paling menyedihkan dalam hidup..” – Michelle Yeoh dedah tidak mampu miliki zuriat
Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh berkongsi hakikat dirinya tidak...
Von Iklan viral 2024-11-19 17:48:07 0 331
Infomation
Apakah Tuhan tahu saya sedang tersiksa? – Isi diari doktor pelatih ‘inject’ diri sendiri terdedah
Berita mengenai pemergian duka doktor pelatih bernama Aulia Risma Lestari, 30, benar-benar...
Von Gakeps Official 2024-08-19 15:37:43 0 3KB
Ausbildung
Ini 10 Tip Penjagaan Kereta Anda Supaya Tahan Lama
Jangan Leka, Ini 10 Tip Penjagaan Kereta Supaya Tahan Lama Kereta merupakan kenderaan peribadi...
Von Iklan viral 2024-08-27 00:54:54 0 2KB