Warga Asing tampa dokumen semakin berani, Beri Maklumat Palsu Mohon Mykad Dipenjara 12 Bulan

0
4K

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dipenjara 12 bulan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memberikan maklumat palsu sebagai pemohon kad pengenalan atas nama individu lain pada 2011.

ertuduh, Amir Abdullah, 44, yang ditahan di Sandakan, 23 Jun lalu membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohammad Azeem Mohd Ridzo ketika didakwa di Mahkamah Litar Kinabatangan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Amir didakwa mendaftarkan kad pengenalan bernombor 800911-12-6399 atas nama Abdul Kadir bin Nurdin di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kinabatangan pada jam 11.52 pagi, 5 Mei 2011.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan boleh dihukum mengikut Peraturan-Peraturan yang sama.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta diringankan hukuman kerana menanggung empat anak, Pegawai Pendakwa, Mohd Faizal Tahir bagaimanapun meminta majistret mengenakan hukuman setimpal kerana memalsukan dokumen adalah kesalahan serius.

Mohammad Azeem kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 12 bulan bermula pada tarikh ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen sebaik selesai menjalani hukuman.

 

Berdasarkan fakta kes yang diberikan kepada mahkamah, pemalsuan maklumat yang dilakukan tertuduh terbongkar apabila JPN menerima aduan awam daripada pemilik sebenar daftar kelahiran atas nama Abdul Kadir bin Nurdin pada 12 Jun 2019.

Aduan itu dibuat melalui Kaunter Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Sabah yang menyatakan bahawa daftar kelahiran pengadu sudah dikeluarkan kad pengenalan kepada orang lain (tertuduh).

Keterangan saksi yang terdiri daripada adik beradik pengadu mengesahkan bahawa dia tidak pernah dikeluarkan kad pengenalan kerana dokumen miliknya itu sudah dikeluarkan kepada tertuduh.

Berikutan itu, JPN melakukan semakan rekod Borang Permohonan Kad Pengenalan bernombor 800911-12-6399 atas nama Abdul Kadir bin Nurdin sebelum mendapati tertuduh memberi maklumat palsu ketika menjadi pemohon untuk mendaftarkan kad pengenalan itu pada jam 11.52 pagi, 5 Mei 2011 di JPN Daerah Kinabatangan.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
World News
Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina letak jawatan, larikan diri ke India
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina yang meletakkan jawatan tiba di pangkalan tentera udara...
By Gakeps Official 2024-08-06 01:48:25 0 3K
Crime
Remaja Dipenjara 11 Bulan, Menipu Maklumat Kad Pengenalan
KOTA KINABALU: Seorang remaja perempuan dipenjara 11 bulan selepas mengaku bersalah memberi...
By Iklan viral 2024-09-26 10:52:32 0 1K
Religion
Gambar yang nampak dada itu Ebit Liew yang tangkap layar
TENOM SABAH – Pengadu yang juga saksi kesembilan mengaku ada mendedahkan bahagian dadanya...
By Gakeps Official 2024-08-30 22:41:59 0 3K
Crime
Enam Individu Ditahan, Wang Tunai RM1.4 Juta Dirampas Dalam Operasi JRS ESSCOM
TAWAU: Enam individu berumur antara 40 hingga 47 tahun ditahan manakala sejumlah  RM1.4 juta...
By Gakeps Official 2024-10-14 01:19:29 0 1K
Crime
Seorang Remaja 13 Tahun Didakwa Bunuh Teman Wanita Sebaya
TAWAU: Seorang remaja tidak mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, atas pertuduhan...
By Gakeps Official 2024-08-13 12:12:56 0 3K