Warga Asing tampa dokumen semakin berani, Beri Maklumat Palsu Mohon Mykad Dipenjara 12 Bulan

0
3KB

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dipenjara 12 bulan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memberikan maklumat palsu sebagai pemohon kad pengenalan atas nama individu lain pada 2011.

ertuduh, Amir Abdullah, 44, yang ditahan di Sandakan, 23 Jun lalu membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohammad Azeem Mohd Ridzo ketika didakwa di Mahkamah Litar Kinabatangan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Amir didakwa mendaftarkan kad pengenalan bernombor 800911-12-6399 atas nama Abdul Kadir bin Nurdin di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kinabatangan pada jam 11.52 pagi, 5 Mei 2011.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan boleh dihukum mengikut Peraturan-Peraturan yang sama.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta diringankan hukuman kerana menanggung empat anak, Pegawai Pendakwa, Mohd Faizal Tahir bagaimanapun meminta majistret mengenakan hukuman setimpal kerana memalsukan dokumen adalah kesalahan serius.

Mohammad Azeem kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 12 bulan bermula pada tarikh ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen sebaik selesai menjalani hukuman.

 

Berdasarkan fakta kes yang diberikan kepada mahkamah, pemalsuan maklumat yang dilakukan tertuduh terbongkar apabila JPN menerima aduan awam daripada pemilik sebenar daftar kelahiran atas nama Abdul Kadir bin Nurdin pada 12 Jun 2019.

Aduan itu dibuat melalui Kaunter Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Sabah yang menyatakan bahawa daftar kelahiran pengadu sudah dikeluarkan kad pengenalan kepada orang lain (tertuduh).

Keterangan saksi yang terdiri daripada adik beradik pengadu mengesahkan bahawa dia tidak pernah dikeluarkan kad pengenalan kerana dokumen miliknya itu sudah dikeluarkan kepada tertuduh.

Berikutan itu, JPN melakukan semakan rekod Borang Permohonan Kad Pengenalan bernombor 800911-12-6399 atas nama Abdul Kadir bin Nurdin sebelum mendapati tertuduh memberi maklumat palsu ketika menjadi pemohon untuk mendaftarkan kad pengenalan itu pada jam 11.52 pagi, 5 Mei 2011 di JPN Daerah Kinabatangan.

Pesquisar
Categorias
Leia mais
Opinion
Remaja perempuan 15 tahun maut jatuh dari tingkat 16 pangsapuri selepas bertengkar dengan kekasihnya
Remaja perempuan 15 tahun maut jatuh dari tingkat 16 pangsapuri selepas bertengkar dengan...
Por Gakeps Official 2024-11-10 15:54:05 0 1KB
World News
Kediaman rasmi PM Bangladesh kena serbu, kumpulan penunjuk perasaan ‘rembat’ barangan peribadi
Umum mengetahui, negara Bangladesh kini sedang dalam kekecohan disebabkan peluang pekerjaan yang...
Por Gakeps Official 2024-08-06 15:20:15 0 3KB
Sports
didenda kerana cium isteri
PARIS  – Seorang pelumba basikal Perancis meminta maaf selepas didenda kerana mencium...
Por Gakeps Official 2024-07-07 12:00:30 0 4KB
Crime
“Nasihat orang ramai JANGAN MUDAH TERPEDAYA! JPN nafi salur sebarang bantuan berbentuk wang tunai
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan tiada sebarang bentuk bantuan wang tunai dibuat oleh...
Por Iklan viral 2024-09-26 16:06:15 0 2KB
Educação
Ramai tak tahu darah seseorang bakal bertukar dari merah ke hijau bila terlalu minum air ini
Dalam kejadian yang luar biasa di Shenzhen, China, seorang lelaki berusia 36 tahun bernama Chen...
Por Gakeps Official 2024-08-09 12:21:12 0 3KB