Warga Asing tampa dokumen semakin berani, Beri Maklumat Palsu Mohon Mykad Dipenjara 12 Bulan

0
3K

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dipenjara 12 bulan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memberikan maklumat palsu sebagai pemohon kad pengenalan atas nama individu lain pada 2011.

ertuduh, Amir Abdullah, 44, yang ditahan di Sandakan, 23 Jun lalu membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohammad Azeem Mohd Ridzo ketika didakwa di Mahkamah Litar Kinabatangan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Amir didakwa mendaftarkan kad pengenalan bernombor 800911-12-6399 atas nama Abdul Kadir bin Nurdin di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kinabatangan pada jam 11.52 pagi, 5 Mei 2011.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan boleh dihukum mengikut Peraturan-Peraturan yang sama.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta diringankan hukuman kerana menanggung empat anak, Pegawai Pendakwa, Mohd Faizal Tahir bagaimanapun meminta majistret mengenakan hukuman setimpal kerana memalsukan dokumen adalah kesalahan serius.

Mohammad Azeem kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 12 bulan bermula pada tarikh ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen sebaik selesai menjalani hukuman.

 

Berdasarkan fakta kes yang diberikan kepada mahkamah, pemalsuan maklumat yang dilakukan tertuduh terbongkar apabila JPN menerima aduan awam daripada pemilik sebenar daftar kelahiran atas nama Abdul Kadir bin Nurdin pada 12 Jun 2019.

Aduan itu dibuat melalui Kaunter Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Sabah yang menyatakan bahawa daftar kelahiran pengadu sudah dikeluarkan kad pengenalan kepada orang lain (tertuduh).

Keterangan saksi yang terdiri daripada adik beradik pengadu mengesahkan bahawa dia tidak pernah dikeluarkan kad pengenalan kerana dokumen miliknya itu sudah dikeluarkan kepada tertuduh.

Berikutan itu, JPN melakukan semakan rekod Borang Permohonan Kad Pengenalan bernombor 800911-12-6399 atas nama Abdul Kadir bin Nurdin sebelum mendapati tertuduh memberi maklumat palsu ketika menjadi pemohon untuk mendaftarkan kad pengenalan itu pada jam 11.52 pagi, 5 Mei 2011 di JPN Daerah Kinabatangan.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
Crime
padah tolak cinta lelaki, bapa dan anak maut ditikam
Seorang wanita bersama bapanya maut akibat ditikam di hadapan lif sebuah pangsapuri Berlaku di...
Por Gakeps Official 2024-11-10 15:44:31 0 2K
Local News
Tiada Lagi Permohonan Tambahan Masa Untuk Projek Pan Borneo Sabah - KKR
KOTA KINABALU, SABAH – Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap tiada lagi permohonan tambahan...
Por Gakeps Official 2024-10-07 05:48:38 0 823
Opinion
Lelaki berdepan detik malang, Niat mahu buat tatu, tapi diliwat pelukis
PETALING JAYA – Seorang lelaki berdepan detik malang apabila menjadi mangsa liwat pelukis...
Por Gakeps Official 2024-06-27 20:32:17 0 4K
Crime
Remaja Dipenjara 11 Bulan, Menipu Maklumat Kad Pengenalan
KOTA KINABALU: Seorang remaja perempuan dipenjara 11 bulan selepas mengaku bersalah memberi...
Por Iklan viral 2024-09-26 10:52:32 0 1K
Educação
Trend bertukar pasangan suami isteri di Malaysia parah! Ada 147,000 ahli berdaftar
Rosak! Ternyata masyarakat Malaysia sudah mulai rosak dengan aktiviti yang jelas-jelas haram di...
Por Iklan viral 2024-09-02 01:25:15 0 2K