160 Rumah Setinggan Dirobohkan

0
3K

KOTA MARUDU: Sebanyak 160 rumah koloni setinggan yang dibina di tanah milik kerajaan negeri untuk rezab Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) dan tanah rezab hutan, di Kampung Agas Tiga Tarok, Pitas, dirobohkan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, tanah yang diduduki pendatang tanpa izin (PTI) dan warga tempatan di kawasan itu sebelum ini digunakan untuk kegiatan pasir silika.

Katanya, tindakan merobohkan struktur ini penting bagi memastikan rumah-rumah berkenaan tidak menjadi penempatan PTI.

“ia juga dibimbangi akan menjadi penempatan anasir-anasir luar yang mungkin boleh menggugat keselamatan negara.

“Operasi ini dijalankan secara bersepadu melibatkan 12 jabatan serta agensi seperti Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) serta Jabatan Perhutanan.

“Majlis Daerah Pitas, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), SAFODA dan beberapa lagi agensi berkaitan turut serta dalam operasi ini,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini.

 

Zairolnizal berkata, tindakan perobohan dijalankan mengikut Seksyen 173(1)(h) Ordinan Tanah Sabah berdasarkan surat kuasa yang dikeluarkan Pengarah JTU Sabah bertarikh 15 Mei 2024.

Katanya, operasi yang berjalan lebih tujuh jam itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden diluar jangkaan berlaku.

“Tindakan perobohan juga dilakukan selepas dua notis dikeluarkan pada 8 Mei dan 28 Jun lalu membabitkan 13 notis untuk rizab perhutanan dan 147 notis untuk rizab SAFODA.

“Tiada sebarang tangkapan dilakukan namun terdapat rampasan membabitkan sebuah motosikal serta sebuah genset,” katanya.

carian anda
Kategori
Maklumat Lanjut
Politik
Parti KDM Putuskan Bergerak Solo Untuk Hadapi PRN17
KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) memutuskan untuk bergerak secara...
By Omiyou Network 2024-10-10 10:18:44 0 1K
Trick and hack
tips senang tanam pokok tomato, rupanya ‘jentik’ je terus subur
Seronoknya apabila laman belakang rumah seperti pasarraya, nak apa semua dapat petik! Namun ada...
By Gakeps Official 2024-10-22 15:40:38 0 882
Crime
Seorang pegawai dan tiga anggota polis didakwa berparti ditukar serta-merta
SHAH ALAM - Seorang pegawai kanan serta tiga anggota polis ditukarkan serta-merta dipercayai...
By Gakeps Official 2024-10-08 02:19:30 0 760
Opinion
ini cara ikan minum air bila dahaga
Selama hidup baru tahu cara ikan minum air bila dahaga. Siapa yang suka makan ikan? Ikan adalah...
By Omiyou Network 2024-06-30 12:46:30 0 4K
Bussines News
Penamatan Subsidi Telur Ayam Sudah Dikemuka Kepada Kabinet
PUTRAJAYA: Sudah tiba masanya pemberian subsidi bagi telur ayam gred A, B dan C perlu di kaji...
By Gakeps Official 2024-10-09 13:34:03 0 934