160 Rumah Setinggan Dirobohkan

0
4K

KOTA MARUDU: Sebanyak 160 rumah koloni setinggan yang dibina di tanah milik kerajaan negeri untuk rezab Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) dan tanah rezab hutan, di Kampung Agas Tiga Tarok, Pitas, dirobohkan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, tanah yang diduduki pendatang tanpa izin (PTI) dan warga tempatan di kawasan itu sebelum ini digunakan untuk kegiatan pasir silika.

Katanya, tindakan merobohkan struktur ini penting bagi memastikan rumah-rumah berkenaan tidak menjadi penempatan PTI.

“ia juga dibimbangi akan menjadi penempatan anasir-anasir luar yang mungkin boleh menggugat keselamatan negara.

“Operasi ini dijalankan secara bersepadu melibatkan 12 jabatan serta agensi seperti Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) serta Jabatan Perhutanan.

“Majlis Daerah Pitas, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), SAFODA dan beberapa lagi agensi berkaitan turut serta dalam operasi ini,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini.

 

Zairolnizal berkata, tindakan perobohan dijalankan mengikut Seksyen 173(1)(h) Ordinan Tanah Sabah berdasarkan surat kuasa yang dikeluarkan Pengarah JTU Sabah bertarikh 15 Mei 2024.

Katanya, operasi yang berjalan lebih tujuh jam itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden diluar jangkaan berlaku.

“Tindakan perobohan juga dilakukan selepas dua notis dikeluarkan pada 8 Mei dan 28 Jun lalu membabitkan 13 notis untuk rizab perhutanan dan 147 notis untuk rizab SAFODA.

“Tiada sebarang tangkapan dilakukan namun terdapat rampasan membabitkan sebuah motosikal serta sebuah genset,” katanya.

Search
Categories
Read More
Politik
Parti KDM Putuskan Bergerak Solo Untuk Hadapi PRN17
KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) memutuskan untuk bergerak secara...
By Omiyou Network 2024-10-10 10:18:44 0 1K
Local News
Tular Video Turunkan Bendera Malaysia, Naikkan Bendera Sabah dan Sarawak
KOTA KINABALU : Satu video tular di media sosial berhubung sekumpulan individu...
By Gakeps Official 2024-09-24 09:27:00 0 2K
Artist
“inilah Perkara paling menyedihkan dalam hidup..” – Michelle Yeoh dedah tidak mampu miliki zuriat
Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh berkongsi hakikat dirinya tidak...
By Iklan viral 2024-11-19 17:48:07 0 476
Crime
Padah buat laporan palsu, rupanya ejen hartanah nak elak bayar denda MyKad
Seorang ejen hartanah berusia 36 tahun di Puchong, Kampung Bersatu, dilaporkan membuat laporan...
By Iklan viral 2024-11-15 16:03:30 0 946
Crime
Terima Padah! Baru kenal dah berani keluar dengan jantan
Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun mendakwa menjadi mangsa noda rakan lelaki yang dikenali...
By Gakeps Official 2024-07-05 10:52:03 0 3K