160 Rumah Setinggan Dirobohkan

0
3K

KOTA MARUDU: Sebanyak 160 rumah koloni setinggan yang dibina di tanah milik kerajaan negeri untuk rezab Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) dan tanah rezab hutan, di Kampung Agas Tiga Tarok, Pitas, dirobohkan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, tanah yang diduduki pendatang tanpa izin (PTI) dan warga tempatan di kawasan itu sebelum ini digunakan untuk kegiatan pasir silika.

Katanya, tindakan merobohkan struktur ini penting bagi memastikan rumah-rumah berkenaan tidak menjadi penempatan PTI.

“ia juga dibimbangi akan menjadi penempatan anasir-anasir luar yang mungkin boleh menggugat keselamatan negara.

“Operasi ini dijalankan secara bersepadu melibatkan 12 jabatan serta agensi seperti Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) serta Jabatan Perhutanan.

“Majlis Daerah Pitas, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), SAFODA dan beberapa lagi agensi berkaitan turut serta dalam operasi ini,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini.

 

Zairolnizal berkata, tindakan perobohan dijalankan mengikut Seksyen 173(1)(h) Ordinan Tanah Sabah berdasarkan surat kuasa yang dikeluarkan Pengarah JTU Sabah bertarikh 15 Mei 2024.

Katanya, operasi yang berjalan lebih tujuh jam itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden diluar jangkaan berlaku.

“Tindakan perobohan juga dilakukan selepas dua notis dikeluarkan pada 8 Mei dan 28 Jun lalu membabitkan 13 notis untuk rizab perhutanan dan 147 notis untuk rizab SAFODA.

“Tiada sebarang tangkapan dilakukan namun terdapat rampasan membabitkan sebuah motosikal serta sebuah genset,” katanya.

Cerca
Categorie
Leggi tutto
Opinion
ini Tips pokok berbuah lebat dan cepat, terkejut tengok bahannya
Seronoknya tengok pokok hidup dan membuahkan hasil yang cepat dan lebat. Seperti yang kita...
By Gakeps Official 2024-08-04 07:16:39 0 3K
Local News
Kecoh! seorang Isteri ikut suami masuk sekali interviu kerja
Kecoh! Isteri ikut suami masuk sekali interviu kerja. Suami mahu menghadiri temu duga kerja,...
By Gakeps Official 2024-11-05 13:04:19 0 965
Opinion
mengapa Ada Daun Bergoyang Sendiri Walau Macam Tiada Angin? Ini Jawapannya
Kenapa Ada Daun Bergoyang Sendiri Walau Macam Tiada Angin? Ini Jawapannya Hutan merupakan antara...
By sabah post 2024-07-10 21:07:54 0 4K
World News
Ladang Bulu Haiwan Di China Jadi Lubuk Virus Baru, Dijangka Bakal Cetuskan Pandemik Masa Depan
Ladang bulu haiwan di China jadi lubuk virus baharu, bakal cetuskan pandemik masa depan. Ladang...
By Gakeps Official 2024-09-19 06:55:34 0 2K
World News
Hotel ‘Ayam Jantan’ Gergasi, Hanya RM338 Penginapan 1 Malam
Sebuah hotel yang berbentuk menyerupai seekor ayam jantan gergasi telah dibina di bandar Talisay,...
By Gakeps Official 2024-11-10 16:03:08 0 2K