160 Rumah Setinggan Dirobohkan

0
3K

KOTA MARUDU: Sebanyak 160 rumah koloni setinggan yang dibina di tanah milik kerajaan negeri untuk rezab Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) dan tanah rezab hutan, di Kampung Agas Tiga Tarok, Pitas, dirobohkan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Zairolnizal Ishak berkata, tanah yang diduduki pendatang tanpa izin (PTI) dan warga tempatan di kawasan itu sebelum ini digunakan untuk kegiatan pasir silika.

Katanya, tindakan merobohkan struktur ini penting bagi memastikan rumah-rumah berkenaan tidak menjadi penempatan PTI.

“ia juga dibimbangi akan menjadi penempatan anasir-anasir luar yang mungkin boleh menggugat keselamatan negara.

“Operasi ini dijalankan secara bersepadu melibatkan 12 jabatan serta agensi seperti Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) serta Jabatan Perhutanan.

“Majlis Daerah Pitas, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), SAFODA dan beberapa lagi agensi berkaitan turut serta dalam operasi ini,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini.

 

Zairolnizal berkata, tindakan perobohan dijalankan mengikut Seksyen 173(1)(h) Ordinan Tanah Sabah berdasarkan surat kuasa yang dikeluarkan Pengarah JTU Sabah bertarikh 15 Mei 2024.

Katanya, operasi yang berjalan lebih tujuh jam itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden diluar jangkaan berlaku.

“Tindakan perobohan juga dilakukan selepas dua notis dikeluarkan pada 8 Mei dan 28 Jun lalu membabitkan 13 notis untuk rizab perhutanan dan 147 notis untuk rizab SAFODA.

“Tiada sebarang tangkapan dilakukan namun terdapat rampasan membabitkan sebuah motosikal serta sebuah genset,” katanya.

Pesquisar
Categorias
Leia Mais
Opinion
Peniaga ayam goreng didakwa mirip Lisa BLACKPINK jadi tumpuan netizen
KETIKA nama Lisa sedang hangat menjadi bualan susulan penerbitan single terbaharunya, Rockstar,...
Por Omiyou Network 2024-07-04 12:56:43 0 4K
Crime
Lima nelayan ditahan lakukan aktiviti bom ikan
KOTA KINABALU : Sebuah bot pam beroperasi tanpa lesen bersama lima kru ditahan selepas didapati...
Por Gakeps Official 2024-07-06 12:59:45 0 4K
Crime
Minta rasuah berjumlah RM12,000 tutup kes rogol, pegawai penguat kuasa dicekup
PETALING JAYA: Pegawai penguat kuasa dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana...
Por Gakeps Official 2024-08-14 02:27:31 0 3K
Local News
Tuntutan palsu RM125,000, guru besar dicekup SPRM
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menahan reman seorang...
Por Omiyou Network 2024-06-26 13:35:25 0 4K
Opinion
Warga Asing Mabuk Bergaduh Dengan Lelaki Tempatan, Korek Bebola Mata Hingga Terkeluar
Seorang warga asing yang berada dalam keadaan mabuk bertindak mengorek keluar bebola mata seorang...
Por Gakeps Official 2024-11-21 07:02:30 0 295